Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe






Semuanya berakhir, tamat sudah satu kisah atau "chapter" di dalam hidup sebagai runner, untuk merasa sendiri bagaimana perasaan berlari 42.195KM. Nampak mudah, tetapi apa yang berlaku disebalik 42KM yang dilalui penuh cabaran, dugaaan, keperitan, kedukaan, kesedihan, kepayahan, kesabaran, ketabahan, tangisan air mata kegembiraan dan kepuasan. Semuanya ada. LENGKAP. Aku hanya mampu menganggap apa yang berlalu AHAD lepas di Singapura bagaikan MIMPI. Mimpi yang dikecapi kerana kesabaran dan kekuatan MENTAL yang aku sendiri tidak pasti adakah itu diri aku yang sebenar.

AKU punya impian. IMPIAN yang mungkin orang lain anggap omong2 kosong.
AKU punya impian. IMPIAN yang aku tahu sukar untuk dilalui seorang diri.
AKU punya impian. IMPIAN yang mungkin tidak akan dikecapi kerana masa depan yang tidak pasti.
AKU buntu. Tanpa ARAH tuju selepas apa yang di lalui AHAD lepas.
Adakah semuanya BERAKHIR begitu? Adakah IMPIAN berakhir begitu?

AKU punya IMPIAN. Bukan IMPIAN untuk berlari, berlari, berlari, berlari tanpa ARAH TUJU.
Terlalu perit untuk melalui ini seorang diri. Aku punya IMPIAN menjadi seperti mereka yang HEBAT diluar sana. Aku punya IMPIAN untuk berada sama tahap dengan mereka yang berada dikelompok yang HEBAT diantara mereka. Tetapi kenapa aku tidak diberi PELUANG?

Terlalu banyak liku-liku yang terpaksa aku tempuhi untuk mengejar IMPIAN. Aku tidak pasti selama mana aku mampu BERTAHAN. Berlari,berlari, berlari itu bukan IMPIAN. Aku ingin berada disatu tahap setanding dengan mereka yang mampu mewakili negara mereka sendiri.

Aku telah buktikan aku juga mampu bersaing.
Aku telah buktikan kepada diri sendiri aku juga mampu lakukan seperti mereka yang HEBAT.
Aku telah buktikan, tanpa sponsor, tanpa jurulatih, tanpa training plan yang lengkap, tanpa sumber kewangan yang cukup, tanpa nutrition yang betul sebagai marathoner, tanpa makanan yang cukup, aku juga habiskan larian setanding mereka.
Aku telah buktikan I CAN DO IT!

Semuanya penuh kekurangan, tetapi aku BERSYUKUR kepadaNYA kerana masih memberikan aku JALAN, untuk aku melalui MARATHON yang pertama dan mungkin terakhir dalam hidup aku.

Terima kasih padaNYA kerana menemukan aku pada mereka-mereka yang betul2 ada dikala aku didalam kesusahan. Bukan mudah. Semuanya bukan mudah. Aku menangis di garisan penamat kerana terlalu banyak KEPERITAN yang terpaksa aku lalui. Aku menangis kerana semuanya yang INDAH telah BERAKHIR. Aku menangis kerana aku telah buktikan aku MAMPU. Aku bersujud kepadaNYA kerana aku tahu hanya DIA yang memberikan JALAN walaupun semuanya penuh LIKU. TERIMA KASIH Ya-ALLAH~ Aku menangis kegembiraan.

Aku yakin setiap NIAT yang betul, akan dipermudahkan urusan olehNYA. :')


Aku masih berasa BERMIMPI kerana aku mampu melawan diri sendiri dan bersaing antara mereka yang HEBAT disana. Aku juga punya idol, dan apa yang aku lakukan disana setanding dengan idol tersebut. MIMPI. Semua bagai MIMPI.

Aku tidak ingin MIMPI ini berlalu pergi. Kerana semuanya TERLALU INDAH untuk dikenang.

YaAllah, tunjukkan aku JALAN. Jalan untuk aku menempuh liku-liku dalam mengejar IMPIAN yang tidak pasti ini. Aku tahu segala USAHA KERAS akan dibalas dengan KEJAYAAN. Tetapi aku tidak mahu KEJAYAAN ini yang TERAKHIR. Aku percaya aku MAMPU lakukan yang TERBAIK. Aku hanya berharap aku di beri PELUANG berlatih bersama jurulatih, diberikan kemudahan, peluang untuk aku bersaing di peringkat lebih tinggi.

AKU HANYA MENGHARAPKAN PELUANG. PELUANG UNTUK MENGEJAR IMPIAN.

Ya-Allah berikan aku KEKUATAN...


Ketika kita bersedih,
ketika itulah kita bermuhasabah diri memikirkan masa lalu~

Kadang2 kita lupa dimana kita bermula, membuat kita terlalu alpa~
Sampai waktu bila kita betul2 keseorangan, ketika itulah kita terfikir untuk kembali kepada waktu dulu~

Blog ini akan terus mati kerana terlalu mengejar sesuatu yang tak pasti,,
Sesuatu yang tak pasti, sesuatu yang membuat orang lain tidak senang hati,,

Ketika itu kita memikirkan,,
Hanya DIA yang dapat membantu,,
Ketika dalam kesusahan hanya Dia mendengar,,
Hanya padaNya kita mengadu,,
Hanya padaNya kita meminta kekuatan~

Ketika kita terlalu sibuk membantu orang lain,,
Bukan semua membantu bila kita memerlukan,,
Bukan meminta,,
Tetapi itu hakikat kehidupan...
Kita sentiasa memerlukan sokongan,,
Tanpa sokongan,, kita mati,,

Seperti benih yang ingin tumbuh,,
tanpa sokongan tanah yang subur,,
tanpa air dan cahaya yang cukup,,
Dia juga akan mati~

Kadang lebih baik memikirkan diri sendiri,,
Berdoa dan memohon pada Yang Esa,,
Kerana Dia saja yang mendengar,,
Luahan hati dan perasaan,,
Kesusahan dan keperitan,,
Kesungguhan atau kesabaran untuk mengejar impian~

Terima kasih YaAllah atas rezeki yang kau limpahkan selama ini~

Edan Syah
9:29pm




waktu yang sesuai..

untuk merenung dan memuhasabah diri..

10 terakhir Ramadhan.. adakah kita akan mendapat keberkatan?

Aku masih memikirkan apa yang aku dah lakukan dalam tempoh 19 hari Ramadhan yang telah berlalu.. dimana kekuatan, dimana ketenangan, dimana keredhaan yang ingin dicari..

Berikan aku kekuatan... Dikala gembira kita alpa.. dikala mencari ketenangan kita mencari yang SATU...

Ramadhan datang dan pergi.. datang tahun ini dan mungkin kita tidak merasa lagi kemanisan dan keindahan nya pada waktu yang mendatang.

Ramadhan penuh memori. Dari yang telah berlalu hinggalah yang sedang dilalui waktu ini. Aku baru tersedar.. kadang-kadang setiap Ramadhan yang aku lalui ada kepahitan dan kemanisan nya yang tersendiri. Samaada ketika sedar atau tidak sedar. Ada yang datang dan ada juga yang pergi.

Datangnya bahagia Ramadhan yang lalu, hilang bahagia yang lalu waktu ini, dan muncul pula kebahagian yang tanpa disangka waktu ini.

Membuatkan aku berfikir, adakah setiap Ramadhan yang akan aku lalui sebegini? Bukan mudah untuk menerima hilangan dan bukan mudah juga untuk mencari kebahagian.

Semoga kebahagian yang datang Ramadhan ini diberkati. Semoga kebahagian yang dinikmati Ramadhan ini berkekalan. Semoga kegembiraan Ramadhan ini memberi seribu kesyukuran. Semoga Ramadhan yang mungkin terakhir ini diberikan keampunan atas dosa dan kesalahan. Semoga Ramdhan ini yang terindah untuk dikenang...

Sesungguhnya kita hanya hamba yang merancang.. Merancang dan berdoa. Bila dan bagaimana doa itu dimakbulkan? Itu urusanNya. Kita merancang penuh tersusun, dan akhirnya mungkin rancanganNya lebih baik untuk kita.

YaAllah, ampunkan dosaku.. aku perlukan keberkatan dan hidayah dariMu~

Damba cintamu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat...


---------------------------------------

kadang-kadang ada waktu dalam hidup masalah datang bertimpa-timpa~

sampai tahap nak berfikir sendiri pun tak mampu~

*fikir..fikir...fikir... serabutt.. tidur lagi baikk~* :p

Malas sebab aku takde kasut dah nak training... Mileage nak cover over >60km per week.
Dari awal tahun tak beli kasut. Semua kasut dah jahanamm~

Tak sangka pulakk kasut semua boleh rosakk sampai tahap krikal macam ni.

kasut..kasut..kasut... I need new running shoes~ :p

Tahun ni shopping raya rasa memang kedai adidas aku pergi dulu.. baju raya tak payahlah. nak beraya pun takde mood. *tiap-tiap tahun macam ni ajelahh*

Bingit telinga aku dengar lagu raya.. sakitt telinga ni.. tolong lahhh,, jangan pasang lagu raya kat telinga aku... buat aku sedih bertambah-tambah aje.. haihhh~

Ape lah nasibb.... :p

sedih ini tak tertahan lagi bila terjumpa gambar ini~
siapa sangka ini Aidilfitri terakhir bersama ibu tersayangg?

Tiap kali menjelang hari raya ini yang dirasai,,
Dengar pulak lagu raya hari-hari kat radio..

Naik fobia aku dengar....
Sedih beb...seedih..seeedih...

apa boleh buat.. bersabar ajelahh~
Semoga Allah berikan kekuatan buat diri ini..

insyaAllah~

*mood berlari bertambah-tambah*


memang terbaik~

sebulan menghilanga dari berblog~

bila ada masalah nak berstory baru nak tulis something~ haiih~

topic hari ini~

KEMANA BAKAT YANG HILANG????????????

aku tertanya-tanya kepada diri sendiri.. adakah diri ini masih ada bakat?

nak bertanya kat FB nanti orang cakap kecoh, semua benda nak bercerita..

aku runsing ni,, lukis,, lukis,, lukis,, tak jadi-jadi.. Ya Allah~ Ampunkan dosaku~



One or two years from now,

Goal Coast Airport Marathon.
Not just participate, but achieve something memorable for myself, friends, team and my country. Hard work must start from now.

Will try to achieve my dream and will together achieve someone dreams.
You know who you are. :)
InsyaAllah~


*memang tempat yang paling sesuai untuk buat personal best*

*ada umur panjang, ada rezeki lebih, ada kesihatan yang baik, insyaAllah boleh pergi,
kos pon macam tak berapa mahal*


tiba-tiba aku berfikir,,

umur akan mencecah 24 tahun dalam masa beberapa hari lagi,, ketika ini membuatkan aku berfikir apa akan berlaku pada diri aku 5 tahun dari sekarang?

5 tahun > 2016 > 29 tahun?

terlalu jauh untuk difikirkan,, takut untuk memikirkan masa depan,, kerjaya dan minat adakah seiring? kalau di lihat kawan-kawan yang berumur 29 tahun dan ke atas sekarang, bagaimana kehidupan mereka? aku masih dalam kehidupan sebagai pelajar universiti. penuh dengan cabaran dan liku hidup. mereka yang memuji mahupon mengeji di mana-mana sahaja. aku tahu bila melangkah ke alam pekerjaan, masa akan menjadi semakin singkat, itu pasti.

Aku perlu sedar dari sekarang, perlu menilai dan mencari strategi untuk mengharungi masa depan yang belum pasti, penuh cabaran itu juga pasti dilalui dan terpaksa ditempuhi.

Aku sebenarnya berasa beruntung kerana diketika usia ini aku bergaul dan berkenalan dengan kawan-kawan dari perbagai lapisan umur dan kerjaya. Macam-macam orang aku kenal dan jumpa. Aku mungkin nampak terasing dengan kehidupan di universiti, kehidupan remaja yang sukakan hiburan dan bergaul bersama kawan-kawan sebaya. Bukan tak boleh menerima, tetapi mungkin minat kita berbeza. Seperti yang arwayarham sudirman katakan "Aku dan Duniaku".

Ku rasakan dunia ini
Makin deras berlari
Perjalanan masa mengajar kita
Menginsafi hidup di dunia

Kehidupanku dan dunia seniku
Membawa daku berkejar dengan waktu
Terkadang-kadang jauh ku ketinggalan
Ada waktunya aku terkehadapan

Ku diketawa dan dicaci
Ku dipuja dan dibenci
Ku menangis seorang diri

Ku Menerima kenyataan
Menghadapi kepayahan
Melalui kepahitan
Menikmati kemanisan

Kehidupanku dan dunia seniku
Membawa daku berkejar dengan waktu

Ku diketawa dan dicaci
Ku dipuja dan dibenci
Ku menangis sorang diri

Ku menerima kenyataan
Menghadapi kepayahan
Melalui kepahitan
Menikmati kemanisan

Ada masa ku ketinggalan
Ada waktu terkehadapan
Sering di dalam keriuhan
Aku kesepian

Ku diketawa dan dicaci
Ku dipuja dan dibenci
Ku menangis seorang diri

Ku Menerima kenyataan
Menghadapi kepayahan
Melalui kepahitan
Menikmati kemanisan

Ku rasakan dunia ini
Makin deras berlari
Perjalanan masa mengajar kita
Menginsafi hidup di dunia

(salah satu lagu dalam running playlist, kalau resah ini lagu yang sangat sesuai untuk aku hayati dan kembali bersemangat)

Tetapi aku bersyukur kerana diketemukan dengan kawan-kawan diluar yang bermacam-macam gaya dan ragam masing-masing. Dari situ aku dapat belajar bagaimana untuk menghadapi kehidupan yang mendatang. insyaAllah~

Jika dipanjangkan umur, Semoga Allah SWT sentiasa melindungi, memberi petunjuk dan hidayah supaya aku dapat mengharungi hari, minggu, bulan dan tahun yang akan datang. insyaAllah

5 tahun dari sekarang? apa akan jadi?

Try not to become a man of success, but rather try to become a man of value.
~Albert Einstein

Try to discover
The road to success
And you'll seek but never find,
But blaze your own path
And the road to success
Will trail right behind.

~Robert Brault~

Something in human nature causes us to start slacking off at our moment of greatest accomplishment. As you become successful, you will need a great deal of self-discipline not to lose your sense of balance, humility, and commitment.
~Ross Perot~


alamak,,,

tiba-tiba terjumpa note nih,, sorry reen, i copy this from your FB,,

but i think this is really meaningful and motivate me now~
thank you so much! :D

.: What Success Means to Us :.

by NT
Thursday, July 22, 2010 at 5:54pm

Success means something different to each one of us,
But it comes to those who are WILLING to WORK HARD &
continue to be DEDICATED to making their dreams come true.

Success means SETTING GOALS & FOCUSING YOURSELF in the right direction in order to reach them.
It means BELIEVING IN YOURSELF & constantly REMINDING YOURSELF that you are CAPABLE of achieving your desires.

But most of all,

Success is being WHO YOU ARE,
& feeling proud of yourself for every task & challenge that you face
& conquer along the way.




~Personal Best,, senyum sampai telinga~

alhamdulillah,,

Belum sempat aku nak sambung cerita Part 2,, sesuatu yang tanpa diduga lagi datang dalam hidup aku,, bagaikan mimpi disiang hari, tapi memang mimpi siang hari pon sebab dapat tahu benda pelik ni pon siang hari,,
Petang Selasa, 28.06.2011 sejarah yang tidak disangka-sangka berlaku lagi,, sejarah dan kenangan yang manis ditambah pulak dengan gula melaka, tambah lagi dengan madu asli,, maakooit,, manis betul ni,, boleh kena kencing manis~

Syuku alhamdulillah,, itu saja yang terbaik untuk mengambarkan perasaan ketika itu, Aku sebagai penyandang tempat kedua telah dinobat kan sebagai juara selepas pihak organizer membatalkan kemenangan penyandang terdahulu.

Maka pada waktu itu, bertambahlah lagi TERpelik aku, TERkedu, TERkejut, TERbisu, TERpingga-pingga, TErkesima, rasa nak TERlompat-lompat, nak TERguling-guling gembira pon ada~

Sememangnya hari yang tak dapat dilupakan lagi,, lepas pengumumam tersebut, kawan2 terdekat terutama family aNR Shah Alam aku semuanya teramat-amatlah gembira. memang nak menangis rasanye waktu tu bila terima kata-kata semangat dan pujian membina dari kawan-kawan. Gembira, terharu,, syukur padaMu ya Allah~

memang rezeki yang tidak disangka-sangka,, seperti segala usaha sepanjang training mendapat hasil yang bertambah-tambah.. alhamdulillah~

Apa dah jadi sebenarnya aku tak tahu,, nak tanya SCKLM organizer dia tak jawab,, tapi hari ini baru tahu bila Calvin Boon memita maaf secara terbuka bahawa dia mengunakan bib peserta lain pada hari tersebut. Aku pon tak tahu yang dia guna bib orang lain masa tu,, dia pon buat biasa aje,, lagi pon memang aku berkawan dengan dia. He still a good runner. Muda lagi tu. Aku baya dia rasanye kasut running pon takde lagi. umur 16 tahun kot...

Ada seketika waktu aku berfikir seorang diri, aku rasa takut bila terlalu gembira seperti sekarang,, kerana aku takut kegembiraan itu hilang lagi tiba-tiba,, terlalu besar bagi diri aku yang tak berapa bagus ini untuk berada ditahap ini. Risau,, risau,, risau,, tak tahu nak cakap macam mana,, tapi aku berdoa pada Allah agar semua yang terjadi dan berlaku ini sebagai permulaan dan semangat kepada diri aku untuk pergi lebih jauh dalam apa yang aku impikan insyaAllah~

SAMBUNG BALIK KISAH HABIS RUN~

Habis penyampaian hadiah aku terus ke tempat berkumpul seperti yang aku dah janji dengan geng aNR Shah Alam. Aku minta semua berkumpul disana selepas larian. Kumpul disana untuk beri semangat pada kawan-kawan yang belum lagi sampai terutama Full Marathon.

Sampai aje aku kat tempat yang sepatutnya, aku TeRkejut,, asyik terkejuut je hari nii,, aku tengok semua tengah beri semangat pada runner-runner yang tengah lalu 200m sebelum garisan penamat. Suasana sangatlah meriah dan huru hara. Dengan Izwan yang pegang healer dah macam buat rusuhan,, haha,, memang lawak gila masa tu,,

~izwan zakaria~

aku ni yang dah penat berlari terus hilang penat bila cheer semua runner yang lalu masa tu,, ke hulur,, ke hilir follow runner2 yang slow supaya lebih bersemangat,, tepuk tangan sentiasa supaya mereka lebih besemangat,, semangat semua orang masa tu memang lain macam,, tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata perasaan pada waktu tu.. boleh tengok sendiri gambar kami di FB.

Geng aNR Shah Alam yang lari Full Marathon dan HM (jey dan lain-lain) semua dah hilang penat bila cheer runner lain masa tu.. kitorang semua tunggu kawan2 aNR shah alam yang belum sampai termasuk mr.krishnan (adidas running punya boss,, adination ni dia lah ketua),,

aku tahu semangat kawan2 yang lari masa waktu tu mesti lain macam, dalam hati mesti ada yang nak menangis,, yang menangis waktu tu pon ada,, aku ni memang menangis terharu bila baca komen diorang kat FB,, terharu beb,, bukan aku ni mat bunga nak menangis je keje,, tapi bila tengok semua kawan-kawan gembira aku ni bertambah-tambahlah gembira dan bangga~ aku tahu semua dalam family ni bangga dan terharu dengan pencapaian kawan-kawan yang lain,,

haaaihh,, sebelum aku rasa nak menitis air mata baik aku akhiri story ni,, akhir kata,, pada semua kawan-kawan, bukan kawan, yang rasa diri lawan, yang suka nak melawan, yang baru nak berkenalan,, tahniah pada pencapaian masing-masing.

Pada kawan-kawan dalam keluarga adiNation of Runners Shah Alam anda semua adalah tulang belakang aku. aku tak berada ditahap ini tanpa anda semua. sesungguhnya aku berbangga dan terharu atas setiap pencapaian yang anda semua lakukan untuk diri anda dan untuk membantu orang lain. Aku bukanlah hebat dan penuh ilmu didada untuk bantu semua orang. tetapi aku masih berharap aku dapat bantu diri aku dan orang lain supaya lebih maju dalam minat kita yang sama. RUNNING.

Pada kawan dan juga bagaikan coach, Jean Pierre Peter Lautredoux, Mark Williams dan abang shariff,, anda adalah insan yang terlalu banyak membantu aku untuk aku berjaya melakukan sesuatu yang luarbiasa untuk SCKLM tahun ini. Semoga persahabatan kita berkekalan, dan aku harap aku dpt training bersama mereka lagi supaya aku lebih maju untuk mencapai target yang seterusnya,,

Masih jauh perjalanan yang perlu dilalui,, masih banyak duri yang perlu ditempuhi, maka semakin banyak usaha yang perlu dilakukan. Semoga aku tidak patah semangat. Dorongan dan sokongan dari mereka yang berada disekeliling akan menjadi inspirasi untuk aku mencapai apa yang di inginkan. insyaAllah~

Post-post di FB yang menjadi inspirasi dan semangat sebelum dan juga selepas SCKLM 2011~

June 17 (mental preparation)
June 21 dan 22 (tengah sangat risau masa ni)
June 25 dan June 26 (hari sebelum SCKLM dan selepas)
Alhamdulillah, aku BERJAYA!
June 28 (berita pelik bin ajaib diketahui)
sebenarnya sampai sekarang aku masih tak percaya dapat capai pace average 3:31 per/km. jarak memang tepat 10.8K. tak percaya boleh ukur balik atau tengok kat page SCKLM. lantakla orang nak cakap poyo ke ape,, tapi ini hakikat,, ini pencapaian terbaik aku, terbaik dalam hidup aku sejak aku mula running, biarlah orang kata tak seberapa,, aku tahu bagaimana aku bermula dulu, dari bawah, dari tak tahu apa-apa pasal running sehinggalah untuk berada di tahap ini sekarang...sememangnya bukan mudah~

"selagi kita tak lupa bagaimana kita bermula,
selagi itu kita akan sentiasa bersyukur dan merendah diri untuk menuntut ilmu dan membantu orang lain"

-edan syah-

syukur alhamdulillah~

unreleased photo, waktu memotong runner dari sudan,,

GAMBAR FINISHING yang cantik,menarik,tertarik,

ELITE RUNNER?? WAIT...ONE DAY~