Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

pengalaman di SIPMA III 2009


Pengalaman di SIPMA III 2009 adalah yang terhebat dalam hidupku...
terasa diri ini kerdil di atas balapan berbanding di atas jalan raya...
Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi dimana kemampuan aku ketika itu..
bertanding bersama atlit-atlit bertaraf Malaysia bukan sesuatu yang mudah..
diantara atlit-atlit ini adalah pelapis sukan Olahraga negara...



kekuatan dan kemampuan mental dan fizikalku diuji..
sebelum pertandingan ini bermula hinggalah ke garisan penamat..
sememangnya bukan mudah seperti disangka...

sangat berbeza berbanding perlumbaan di jalan raya..
didalam fikiran ketika itu hanyalah ingin menamatkan..
12 pusingan balapan...
sangat menyiksakan...

melihat pesaing-pesaing dihadapan semakin jauh membuatkan mental semakin lemah..
ditinggalkan hampir 2 pusingan (800m) dari peserta pertama menambahkan kesengsaraan...
pengalaman di SIPMA ini sangat berharga...
untuk menilai kemampuan aku kini dan masa akan datang...


adakah masih ada ruang untuk meningkatkan kemampuan diri??
sememangnya aku merasakan...
aku perlukan seorang jurulatih untuk memberi panduan dan dorongan...
latihan yang betul-betul berkesan perlu aku pelajari...


tiada jalan yang singkat untuk berjaya...
mereka berlatih setiap hari...dengan jadual latihan yang betul...
dengan jurulatih yang hebat...
aku masih tercari-cari...
latihan apa yang sepatutnya aku lakukan..???
untuk meningkatkan prestasi dan kemampuan diri..


aku berharap...
pengalaman di SIPMA III ini..
akan memberi ruang...untuk aku...
lebih bermotivasi dan keyakinan...

walaupun tanpa seorang jurulatih...
tetapi aku yakin..
aku masih boleh mendisiplinkan diri...
untuk menjalani latihan..yang konsisten...
dan semestinya..
mengikut KEMAMPUAN diri sendiri..
insyaAllah..

-tempat ke-5-
5000 meter lelaki dengan catatan masa 18:45

-thanx to MASISWA for dis new shoes-


3 comments:

Zayani said...

congrats..
at lease u do ur best..

kaki LARI said...

thanx mia..")
aah..itu je yg mampu..huhu

Anonymous said...

klu nk tau..yg no 1 ngan 2 tu tiap pg dia rebus kacang kuda..then air 2 diminum..utk pernafasan bykkn trainning di bwh arus air terjun(bertapa)..itu yg dia ckp kt aku,sbb aku pn pnah lari ngan dia gak..pn ttnggal dkt 2 lap =)