Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

salam,

hhmmm..sbnarnye aku pun tak tau nak start story dari mane...dan nak tulis blog ni pun mcm dah takde idea sbb dah lame sgt tak post..huhu..dah lebih kurang sebulan aku tak post aktiviti yang dah buat...mmg aku malas nak post blog ni sbb ade beberapa masalah yang berlaku kebelakangan ini...ditambah juga dengan masalah kecederaan yang melanda diri..huhu

sepanjang bulan Februari, ada beberapa event yang terpaksa aku tarik diri disebabkan kecederaan kaki yang tidak mengizinkan aku untuk berlari, walaupun baru 3 event aku tak join iaitu FTAAA Cross Country, KL City Day Run dan Towerthon, tetapi aku rasakan seperti dah lebih dari 5 event aku tak join..mybe ade beberapa sebab yang membuatkan aku berasa sedemikian..huhu

antaranya ialah...tak dapat bejumpa dengan rakan2 runner dari seluruh Msia, tak dapat melihat gambar2 aku sedang berlari yang diambil oleh Mr.Tey..huhu dan tak dapat bersaing dengan runner2 yang hebat dari seluruh lapisan masyarakat..hehehe..mmg perasaan ketika menyertai event sgt menyeronokkan..tak kisahla menang ke tak..tapi feeling lepas tamatkan larian mmg best!

walaupun aku rest dari event yg bertaraf international..huhu..tetapi ade jgk event2 kecik yg aku join...yela...best jgk kalo dpt runing daripada tak buat ape2 time weekend..huhu..antara event yg aku join ialah:

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

What:
When: 21 Feb 2009
Where: Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM
Distance: 3.0km
MY_timing: 00:11:53
MY_position: 1st
MY_bib no: 007
MY_shoes: adidas adizero BREEZE


Kesimpulan:

Event ni dianjurkan oleh fakulti perniagaan sempena mengutip derma utk tabung gaza palestin..aku join event ni pun just suka2 n utk promote URC...suka2 pon mmg yg tak best nye ade senamrobik n menari-nari plak...huhu.. mmg aku kalo time race semangat laen macam sket..sakit sume ilang..bile dah abes race mula la kaki tehinjut2..huhu...mula2 mmg tak tau pun race ni brape km..pd awal race..mmg aku sorg kt depan..tapi tibe2 je asif (runner club jgk) muncul dari belakang..tekejut aku time tu..haha..die follow je aku..aku pun bile dah ade org follow mulala nk tambah kelajuan...bleh tahan jgk la pace time tu...baru je nak panas badan tgk2 race dah abes..huhu..takpela..name pun charity run..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adizero ADIOS kini milikku...hehe
Untuk pengetahun semua, lepas je abes event ni mmg aku tekad aku perlu cari kasut baru....mmg best pkai kasut Adizero BREEZE ni..tapi rase2 mcm kaki aku ni kurang sesuai pkai kasut ni sbb kurang protection pada bahagian buku lali aku...berbeza dgn kasut adizero CS yg aku pkai jgk...so kasut ape yg lebih kurang mcm adizero CS?? huhu...tau2 jela kasut ape yang bakal aku cari sebagai pengganti..hehehe...adios..adios...


mmg dah lame nak cari kasut idaman aku tu..tapi tau2 jela hargenye..kasut baru kuar dengan pemegang rekod dunia (haile) pkai kasut tu, sbb tu la mahal..huhuhu..so cara yg bleh aku buat utk aku dptkan kasut ni dlm mase yg singkat?? hmmm...aku terpaksa menjual 2 pasang kasut kesayangan aku..huhu..mmg sedih..tapi..tepaksela berkorban sket utk dapatkan kasut yg lebih baik..insyaAllah...aku mmg perlukan kasut baru untuk aku gunakan pada kejohanan MASUM nanti...event trek mmg perlu kasut yg lebih ringan dan baik..(walaupun lari tak laju mane..huhuhu)...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

seminggu sebelum MASUM aku join satu race kat UPM..sajela nak test run..tgk aku dah ready ke blom utk kejohanan olahraga MASUM nanti..n utk promte UiTM Runners Club..ni 1st time kelab kitorg join 3 event dalam satu hari..so aku pun wakilkan la diri utk join event kat UPM bersama2 bro daus,azrey, falah dan kamal..

Event: UPM E-CHARITY RUN 2009
Where: Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia
Distance: 6.5km
Medal: Top 25
Cash: Top 5

untuk pengetahuan semua..ni la 1st time aku join race kat upm dan aku tak tau mcm mane route kat sini..bro daus ckp memang UPM ni tanah nye rata je..tak mcm kat UiTM yang bergunung-ganang..hehehe..mmg agak cuak utk aku join event ni..sbb dah lebih sebulan aku tak join sebarang event luar...kebetulan time tu aku berjumpa dgn bro afad n bro fadli..diorg pun join jgk race ni..sbb diorg still student kot..huhu...ini juga buat pertama kali aku memakai kasut baru aku utk event iaitu ADIZERO adios..hehehe....(harap2 kasut ni membawa tuah..huhu)...

sblom race bermula bro fadli ade bg tau yg race ni disertai juga oleh top runner UPM..huhu..aku time tu mmg tak pikir sgt pasal tu...just focus utk race ni...larian dimulakan..pada awal larian, mcm biasela..msti ade yg akan berdesup dulu..aku just follow jela...dah hampir 1km..aku dah mula ke depan dan ketika itu munculla org yg disebut2 oleh bro fadli td...bleh tahan jgk pace brader ni...

sekarang just aku dgn die je dihadapan...pace time tu mmg maintain je...memang sepanjang larian aku dan die saling bersaing..fuhh..tak sangke..mmg pace betambah laju...average 4:00minit perKm kot...brader ni rilek je lari..aku mmg dah agak tecungap2 time tu..mental mmg memainkan peranan besar ketika itu..dalam hati aku berbisik.."rase kalo aku behenti time ni mmg menyesal sbb dah lame dah maintain pace ni.." aku kuatkan hati...aku tarik nafas panjang supaya penafasan aku kembali stabil...mmg aku sentiase tengok "meter" jantung aku time tu..hehe..jgn bagi lebih 190..kalo lebih 190 confirm aku terus stop...mmg teknik tarik nafas byk membantu...

larian diteruskan dan semakin hampir ke garisan penamat..aku tercari2 dimana la tmpat starting tadi..HA!! dah dekat..!! aku maintain kan penafasan aku...mmg brader ni follow je..takut jgk tibe2 die pecut..dan...di 200meter ke garisan penamat, aku dan die memecut seperti lari 100m..huhu..serius..mmg laju gile dah time tu...jantung aku pun entah kemana dah time tu..sakit mmg dah tak pk dah...hehehe...mmg mental aku je dapat menahan keadaan ketika itu..dan..20meter terakhir dia mengalah...syukur alhamdulillah..aku menamatkan larian ditempat pertama..dengan perbezaan 2 saat sahaja berbanding beliau..dgn catatan masa 00:26:29.

abes je lari..paham2 jela..kaki aku mula la tehinjut2 balik...pelik2...aku mmg tak sangka running spirit aku masih kuat..dah aku rase mungkin aku dah besedia utk kejohanan MASUM nanti..brader yg dapat no 2 ni mmg wakil UPM utk masum nti..acara dia ialah 800m dan 1500m..die pn budak SUKMA sabah..tak macam aku..tak pernah mewakili mana2 negeri...huhu...mewakili diri sendiri je kot..hehehe..

1) Mohd Syahidan Bin Alias - Placing 1st (00:26:29) -Medal + RM150
2) Mohd Firdaus Bin Mohd Akhbar - Placing 3rd (00:28:41) -Medal + RM50
3) Muhamad Fadhullah Bin Rahim - Placing 6th (00:29:26) -Medal
4) Mohd Azrey Bin Alias - Placing 11th (00:31:33) -Medal
5) Ainul Kamal Bin Ainun Musir - Placing 12th (00:32:26) -Medal

akan bersambung...