Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

TODAY TRAINING:
date: 20.10.2009

venue: Stadium UiTM, Shah Alam

time: 5:15PM

wheather: dry hot and wind


total distance: 8km

total timing:
total calories burn: 180+85+84+35+34

MY_Workouts:


2 miles at 10-K pace,

RECOVERY 5 minutes

2X 1-mile at 5-K pace,

RECOVERY 5 minutes after 1-mile

2X 800 meters at slightly faster than 5-K pace

RECOVERY 4 minutes after 800m

----------------------------------------------------------------------------->
MY_training timing from: RS200sd
using; 1st WORKOUTS:

2 miles at 10-K pace = 3.4km (400m X 8laps + 200m X 1laps)
MY_timing:
13:24

my timing per laps from
polarpersonaltrainer.com
(click pic for enlarge)

2nd WORKOUTS:

2X 1-mile at 5-K pace,

1-mile = 1.6km (400m X 4 laps)

MY_timing: 05:52 (click pic for enlarge)

1-mile = 1.6km (400m X 4 laps)
MY_timing: 06:06
(click pic for enlarge)

3rd WORKOUTS:

2X 800 meters at slightly faster than 5-K pace

1st 800m
MY_timing:
02:30

2nd 800m
MY_timing:
02:32

kesimpulan:

hmmm..training arini memang penat gile..tak tau mcm mane nak ckp...training plan ni bleh tahan melampau rupenye...
nak tak nak aku tepakse jugak kuatkan hati untuk teruskan...

mase lari memang muka ni dah tak tau nak ckp..memang seksa gile...lantak la org kat stadium nak ckp ape time tu...
yang penting aku puas hati habiskan training..

tak taula apsal petang ni panas gile...nak lawan angin yang kuat...memang rase nak behenti je time lari sebab kne tolak angin...rase badan nak melayang pon ade...rase dah mcm angin atas jambatan pulau pinang pon ade jugak...kuat semacam...cabaran-cabaran...

ape2 pun..syukur alhamdulillah latihan hari ni berjaya..walaupun training sorang-sorang tanpa ade sape2 yg nak beri sokongan...tetapi syukurlah semangat aku masih kuat untuk teruskan latihan speed yang menyiksakan pada hari ni...

memang penat die laen macam sket..lari time race pon tak pnah rase penat mcm ni...aduhaaiii...
smpai skarang penat tak ilang...




AKHIRNYA...
aku dah jumpa training plan yang terbaik untuk diri aku...
aku juga tau...latihan yang aku lakukan sebelum ni...
menjerumuskan diri aku ke arah kecederaan..
patutla aku senang sangat injured...
sebab main pulun je...
kesian kat aku takde sape yang nak ajar...

memang benar...
tiada jalan pintas untuk laju...
latihan perlu konsisten..
dan perlukan kesabaran....

kini aku tahu dimana kemampuan aku yang sebenar...
semalam..
aku baca banyak artikel bagaimana untuk meningkatkan fitnes..
bukan senang ooo...
boleh baca artikel ni HERE
syukurlah aku ada jam yang boleh membantu aku meningkatkan prestasi fitness aku..
baru aku tau kenapa slalu training plan berminggu-minggu lamenye...
berbulan-bulan..dan bertahun-tahun...

skarang aku ada lebih kurang 5 minggu sebelum PBIM..
so aku dah tetapkan latihan sepanjang 5 minggu ni..
dan yang lebih penting..??
aku dah tetapkan Workouts yang tepat mengikut KEMAMPUAN diri sendiri..
tak kisah la orang nak cakap ape dengan training plan aku ni..
slow ke..lembab ke..
yang penting..ini lah yang TERBAIK..!!


5 weeks training plan


my BEST workouts

-click image for enlarge-


Pengalaman di SIPMA III 2009 adalah yang terhebat dalam hidupku...
terasa diri ini kerdil di atas balapan berbanding di atas jalan raya...
Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi dimana kemampuan aku ketika itu..
bertanding bersama atlit-atlit bertaraf Malaysia bukan sesuatu yang mudah..
diantara atlit-atlit ini adalah pelapis sukan Olahraga negara...



kekuatan dan kemampuan mental dan fizikalku diuji..
sebelum pertandingan ini bermula hinggalah ke garisan penamat..
sememangnya bukan mudah seperti disangka...

sangat berbeza berbanding perlumbaan di jalan raya..
didalam fikiran ketika itu hanyalah ingin menamatkan..
12 pusingan balapan...
sangat menyiksakan...

melihat pesaing-pesaing dihadapan semakin jauh membuatkan mental semakin lemah..
ditinggalkan hampir 2 pusingan (800m) dari peserta pertama menambahkan kesengsaraan...
pengalaman di SIPMA ini sangat berharga...
untuk menilai kemampuan aku kini dan masa akan datang...


adakah masih ada ruang untuk meningkatkan kemampuan diri??
sememangnya aku merasakan...
aku perlukan seorang jurulatih untuk memberi panduan dan dorongan...
latihan yang betul-betul berkesan perlu aku pelajari...


tiada jalan yang singkat untuk berjaya...
mereka berlatih setiap hari...dengan jadual latihan yang betul...
dengan jurulatih yang hebat...
aku masih tercari-cari...
latihan apa yang sepatutnya aku lakukan..???
untuk meningkatkan prestasi dan kemampuan diri..


aku berharap...
pengalaman di SIPMA III ini..
akan memberi ruang...untuk aku...
lebih bermotivasi dan keyakinan...

walaupun tanpa seorang jurulatih...
tetapi aku yakin..
aku masih boleh mendisiplinkan diri...
untuk menjalani latihan..yang konsisten...
dan semestinya..
mengikut KEMAMPUAN diri sendiri..
insyaAllah..

-tempat ke-5-
5000 meter lelaki dengan catatan masa 18:45

-thanx to MASISWA for dis new shoes-