Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

akhirnya


sekarang pukul 3:24am

agak pelik pagi ni..tak dapat tidur.bila byk keja selalu pulak mengantuk awal.mcm tulah aku..bila rajin mengantuk.bila malas tebeliak pulak mata ni tengah2 malam.haha

owh..saja nak story.selepas sebulan mencari barang yang aku tak pasti akan jumpa.AKHIRNYA aku jumpa juga dia. sebulan aku resah mencarinya sebab kalau nak cari baru sangatlah mahal dan susah untuk di cari.

benda yang aku maksudkan itu ialah micoach pacer aku. benda ni dahla kecik.bila hilang memang rasanya susah nak jumpa balik. tapi tiba-tiba pulak aku "tergerak hati" nak pergi cari dia tengah-tengah malam buta ni.. tergerak hati nak pegi cari kat rak kasut depan pintu umah aku yang banyak lipas tu..haha. belek punya belek, godek punya godek kat kasut-kasut tu akhirnya JUMPA!


oowh..tak dapat aku bayangkan kegembiraan ketika ini..bayangkanlah benda yang aku rasa tak mungkin berjumpa lagi tiba-tiba ada balik..hehe syukur alhamdulillah...

serius aku cakap, training aku sejak sebulan ni memang ade aje tak kena sebab takde pacer ni..dah memang salah satu gajet terpenting bagi aku selain dari jam Polar RS200sd aku tu..

aku tergerak hati nak mencari pacer ni ada sebab, semalam aku kena migrain plus demam yang agak teruk.sampai tak larat nak bangun..tidurlah aku satu hari suntuk..tengok cahaya pon tak boleh.tepaksa la padam lampu sepanjang hari siang sampailah ke malam. masa tidur tu jugalah aku termimpi yang aku terjumpa semula micoach pacer aku ni... dalam mimpi tu tak tunjukkan tempat sebenar dimana pacer tu berada (biasala mimpikan..) tapi yang pasti aku sgt gembira masa tu sebab jumpa dia balik..mimpi tu pon nampak real..jarang aku mimpi sampai tahap nampak real dan jarang jugak kalau aku ingat balik mimpi yang dah berlaku tu mimpi tu akan benar-benar berlaku.. (paham tak?) ini pertama kali rasanya mimpi menjadi realiti..sebab selalu apa mimpi yang best tak penah jadi realiti.haha

aku tak tahu apa hikmah disebalik semua ni.tapi itu ketentuan illahi.alhamdulillah..benda yang kita tak sangka berlaku boleh berlaku dengan ketentuanNya. semalam masa sakit memang teringat sangat kat arwah mak...sedih pulak rasa...dulu kalau sakit bolehla nak call mak mengadu..sekarang kalau sakit sendiri-sendirilah amik tahu..takda sape nak peduli...takpelah...aku percaya..Allah Maha Adil...






No comments: