Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

kecewa: "GIVE ME A CHANCE AND OPPORTUNITY TO BECOME A GREAT ATHLETES"



KECEWA..itu perasaan sekarang ketika melihat gambar-gambar track meet pacesetters di album mr.tey...

kecewa sebab aku tak dapat nak join..memang tak pernah lagi join event ni sejak berjinak2 dlm dunia pelarian (2008)

sebenarnya memang dah register untuk event ni..acara yang aku patut join 300ometer..tapi disebabkan TIADA KEnDeraaN untuk ke sana so terpaksalah aku lupakan hasrat hati..

gile kecewa beb..mentang-mentangla semua geng Msu tak join..so korang pon buat tak tau je semuanya...sedih aku...haaihh...

takpalah..memang takde sape pon nak support aku running walaupon aku selalu semangat nak support orang...

paling aku rasa kecewa sebab sebenarnya memang aku tengah training untuk event ni..target kalau boleh nak buat sub 11minit..tapi nak buat mcm manakan...memang takde rezeki nak join...hmmmmmmmm..takpalah..aku memang tak suka nak menyusahkan orang...diam lagi baik..

aku rasa pon untuk tahun 2011 mungkin aku akan kurang untuk join event2 running...dikelilingi oleh mereka yang tidak begitu bersemangat kadang-kdang boleh menjatuhkan semangat kita...

dalam hadis pon ada cakap:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari,

bulan januari dah macam ni..bulan2 yang akan datang tak taula macam mane...serius aku sedih..kalau macam nila semangat orang sekeliling aku..memang tak lama lagi aku akan berhenti runnning..

kalau lah aku byk duit memang aku duduk kat kenya lagi baik...dikelilingi oleh mereka yang ingin berjaya dalam bidang yang mereka minat..dapat tiket flight pegi sana pon okeylah..sampai sana pandai-pandaila aku jadi pendatang haram...kadang-kadang pendatang haram tu lagi bagus sebab dia menghargai kesusahan untuk mencari kesenangan...

confirm aku dah tak balik malaysia lepas tu...owh..baru aku perasan..memang bulan ni banyak benda kot yang buat aku patah semangat untuk running...

minggu lepas..aku pergi melawat ke majlis sukan negara (MSN) bersama budak2 MSU....sampai sana diorang ceritalah pasal2 atlit2 elit malaysia....ramaila jugak..total dia cerita ada dalam 850 orang termasuk pelapis malaysia..sukan ape aku tak pasti..tapi kebanyakannya adalah sukan prospek untuk merangkul pingat disukan olympic..

apa yang buat aku patah semangt bila pulang dari sana memang banyak..orang yang minat sukan mcm aku ni pegi tempat sukan memangla seronok..tapi bila pegi tempat sukan yang "highclass" ni paham-paham jela...

ni aku nak cerita sikit kisah sukan dalam hidup aku,

aku start bersukan2 terutama running memang agak lambat..sebab utama ialah family aku bukannya family orang sukan..tapi lebih kepada education..ayah dulu pon cikgu..arwah mak pon cikgu...family sedara mara pon ramai jugak pensyarah n cikgu...so memang exposure untuk melihat sukan dari sudut yang positif tu memang kuranglakan..biasalah orang tua-tua cakap...kalau bersukan memang tak ke mana masa depan...mentaliti orang dulu-dulu..

aku mula aktif sukan (olahraga) sejak dari sekolah menengah..aku belajar kat MRSM terendak melaka..memangla dalam kem askar..tapi aku bukan anak askar...ahaha..dan MRSM bukanlah sekolah sukan...kalau dah nama MRSM korang tau-tau jela...matlamat utama nak lahirkan doktor-doktor..saintis..angkasawan..engineer..dan bidang-bidang profesional..diorang kat MRSM ni cerdik pandai...baca buku sikit dah boleh masuk...ulat buku...ulat gonggok pun ada jugak (sebab gatal suka mengorat)...dan mestila kurang minat bab-bab sukan ni..memanjang baca buku je...aku ni memang lain sket..study tu memang study..tapi lagi suka menghadap kertas lukisan 5jam dari menghadap buku kimia 30 minit...


at MRSM

kalau korang nak tau..masa kat MRSM aku pernah dapat anugerah OLAHRAGAWAN sebab terlalu aktif dlm bidang sukan..sampai mcm tu skali punya minat? masa tu aku antara budak2 kat MRSM yang dpt wakil daerah..masa tu wakil untuk daerah Masjid Tanah, wakil MRSm ke sukan MRSM satu malaysia..pingat tu ada dapat...tapi warna emas memang tak...smpai masuk Matrikulasi (kejap je tak sampai 2 bulan) dapat jugak wakil Matrik pegi SIPMA..sukan institusi pengajian tinggi malaysia...dapat pingat? memang takla..nak lawan dengan MASUM (atlit malaysia) memangla kalah...then masuk uitm..wakil ke MASUM..memang tak dpt pingat jugak..sebab masa ni baru mula aktif balik sejak 2tahun berhenti running....nak lawan iptA-iPtA yang semuanya budak2 sukma bukan senang..aku ni budak kampung je...masuk tornament besar pon tak penah...

pingat2 dan trophy olahragawan MRSM

sampai kat MSU dapat balik wakil SIPMA..tapi kali ni wakil untuk IPTS...tapi ipTs paham-pahamla jugak...mana ada coach..hantar semua negro..tapi bukan boleh running pon....tapi masa ni memang aku dah improve..walaupon sikit tapi aku puashatila jugak...training pon sendiri-sendiri...tapi dapat berada di podium bersama budak-budak yang wakil SUKMa..pelapis malaysia dan surelah semuanya ada Coach...aku dapat no4 masa ni..satu MASUm, dua MSSM, tiga POLITEKNIK, ke empat aku MASISWA (ipts)...

at SIPMA 2009

terus terang aku cakap, kisah aku dalam running ni slalu je sekerat jalan..sebab apa? sebab tiada SOKONGAN orang sekeliling...tak diberi PELUANG...kalau ada kejohanan sukan adalah dapat medal tapi takdela dapat emas..sebab selalu yang menang emas atau perak ni budak-budak sekolah sukan atau confirm wakil SUKMA...semua ada coach..dari sekolah pulak tu..aku dari dulu takde coach...dari sekolah pulak tu...haihhh

KALAULAH:

1) kalaulah aku ada coach untuk running aku rasa aku boleh improve lebih baik
2) kalaulah aku ada sumber kewangan yang baik Sure jugak aku nak improvekan diri aku,
beli suplement, pegi gym, dll
dan aku rasa memang aku akan pergi ke kenya untuk tuntut ilmu running...

3) kalaulah aku dapat kembali ke zaman lalu, memang aku nak wakil SUKMA..dulu aku memang teringin nak wakil negeri kelahiran aku TERENGGANU..walaupon aku ni dah lebih 20tahun menetap di selangor...
korang tengokla atlit-atlit Terengganu..terutama cyclist..anuar manan..azizul hasni...semua yang hebat-hebat..sebab apa? sebab mereka DIGILAP..walaupon duduk kampung tapi diberi PELUANG...

aku?aku tak rasa aku digilap oleh sesiapa....sebab aku yang cuba untuk gilap diri aku sendiri atas dasar MINAT..tapi hati sendiri ni bukan kuat...perlu sokongan jugak...ada orang tak minat sukan tapi dipaksa oleh parents untuk jadi ahli sukan sebab mungkin parents die pon orang sukan..tapi aku?alangkah bertuah kalau aku ada ditempat diorang tu...

4)kalaulah aku dah kerja nanti, sure jugak duit-duit aku tu akan banyak pergi ke bidang sukan....beli basikal power...join event besar-besar...trisuit yang beratus2 harganya tu...running attire dll
so bila dah ade benda2 yang bagus surelah semangat tu lain macam sket...tunggulah aku dah kerja nanti..kita tengok apa pencapaian yang boleh aku buat..insyaAllah

5)kalaulah aku berada di tempat atlit-atlit malaysia tu insyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk naikkan nama Malaysia...sapa cakap Malaysia tak boleh???

aku teringin nak naikkan nama malaysia dalam sukan yang aku minat...dapatkan pingat untuk Malaysia..sape tak nak kan?

Orait, sambung balik kisah kat MSN, diorang cerita la jugak rutin harian atlit-atlit..rutin harian aku tengok biasa je kot..tapi training diorang tak taula mcm mana...diorang ceritala lagi apa yang best jadi atlit malaysia..macam-macam ada...tempat tinggal support (aircond lagi)...makan tanggung (dijaga kurang minyak)..elaun bulan-bulan dapat...suplement sponsor...kalau injured fisio pon free...kalau dpt medal untuk kejohanan sukan yang besar dapat insentif berpuluh ribu..beratus ribu...coach pon free tak payah bayar...apa lagi??? haaihh...oowh..lupa nak cakap...siap ada pencen Rm3000 sebulan..

kalau belajar kat universiti dapat biasiswa (dari KPT) RM12000 satu semester...gile banyak...apa lagi diorang nak?

benda yang paling aku tak lupa diorang cerita ialah pasal piramid untuk smpai menjadi elit atlit...bila aku tengok piramid tu terus aku down....impian tu memang ada la jugak nak jadi atlit elit..tapi bila tengok je piramid tu memang takde peluang la nampaknye...sedih-sedih...

TIADA PLATFORM

sekarang bila aku running orang selalu tanya..wakil SUKMA ke? SUkma ape pakcik..umur dah 24tahun dah..tak layak masuk SUKMA...

kadang-kadang aku fikir..sukan itu BAKAT..bukan minat semata-mata...
aku pon tak pasti aku ada bakat atau tak..tapi dalam hati ni cakap 30% bakat tu ada...cuma aku memang perlukan SUPPORT...

aku ada jugak teringin nak training dengan org2 yang hebat..macam shahrom abdullah, runner pro dan atlit2 malaysia yg lain..aku rasa aku tak takut pada cabaran....tapi bila tiada cabaran tu yang buat semangat jatuh...cabaran perlukan target..kalau target takde? ternganga jela...

hmmm..aku penat dah nak story..

tetapi harapan aku...kepada sesiapa sahaja yang membaca atau terbaca blog ni..aku harapkan bantuan..bantuan untuk aku mencari platform bagaimana untuk aku terus maju dlm bidang running ni...tak kisahla sukan ape sbnarnye..tapi more tu fitnessla...yg ada kaitan dngan running lagi bagus...

kat malaysia ni tak macam kat singapore, diorang ada running club yang bagus...walaupon kelab kecik je...walaupon kena bayar....tapi training plan mcm atlit pro sebab dilatih oleh jurulatih pro....so bila budak2 biasa pon training dengan pro tu sebab lah boleh smpai tahap yang hebat...kat malaysia ni majlis sukan je yang banyak, tapi nak pakai stadium pun kena sewa....majlis sukan yang pro...tapi taknak pon bantu kommuniti malaysia ni aktif sukan atau jadi pro...tu yang ramai belia jadi PRosaK...merempit..melepak...takde benda nak buat..sebab stadium nak masuk pon kena bayar...haaihhh...

pastu nak masuk gym rakyat yang tak seberapa kelengkapan pon kena bayar...gym yang cantik2, equipment berjuta2 harga, teknologi tinggi simpanla smpai berkarat...biar pro je pakai kan??? sampai bila nak maju kawan-kawan..aku ni bukan sapa2 nak komen-komen...tapi nilah yang aku rasa...perasaan sebagai anak malaysia yang passionnya running...aku minta maaf kepada sesiapa yang terkecil hati atau terasa...

aku ada baca satu post dari blog sapa ntah pasal mr.Jean Pierre Peter Lautredoux: seorang runner Pro dari france yang bermastautin kat malaysia..aku memang teringin nak menuntut ilmu dari dia...tapi dia duduk jauh sangat....kalau dekat hari-hari aku dtg training dengan dia..dia pernah cakap nak buat running camp kat malaysia tapi dia perlukan support dari sudut kewangan...tengok?orang luar pon nak tolong orang malaysia..tapi majlis sukan kita tak fikir cara untuk bantu komuniti sendiri...macam mana nak lahirkan atlit-atlit bertaraf global???

kalaulah dia buat running camp ni....insyaAllah akulah orang pertama yang akan register..tak kisahla mahal pon..pandai-pandai aku cari duit...ilmu tak boleh beli dengan wang ringgit...bekas atlit malaysia yang pro ada ke buat running camp? tak pernah lagi aku dengar...

akhir kata;

"GIVE ME A CHANCE AND OPPORTUNITY TO BECOME A GREAT ATHLETES"

seperti kata-kata Motivasi Potensi Diri ; alias hm

"Setiap kita punya Potensi yang hebat, cuma perlukan PELUANG untuk diserlahkan..."

thanks so much





16 comments:

Anonymous said...

credit for ya...
go for it n don't bother wat people's thoughts upon u..
sure there must b a way
live dare to dare...u can do it

kaki LARI said...

thanks..even i dont know u..thank so much

Anonymous said...

I saw you ran before, you are talented and in perfect stride, don't give up.
Heard that Pacesetters has track training session on Sunday at MPSJ stadium and coach by former Malaysia pro runner Rabuan pit. Can call them to get further details.
Has confident on yourselves, you can do it and may your dreams come true

Anonymous said...

I saw you ran before, you're talented and in perfact stride.
Heard that Pacesetters is having track training session at MPSJ stadium on Sunday, coach by Malaysia former pro runner Rabuan pit. May call them the get further details.
Has confidence and believe in yourselves any may your dreams come true.
Wish you all the best in arena sukan

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kaki LARI said...

helo anonymous,

thanks so much,

really appreciate your support..did i know u?
thanks also 4 yr info..

get some motivation now..thanks!

sukha said...

um...cian kat sifu..
nk buat camne..da naseb..
sabar la ek..
ur passion,spirit, talent 4 runnin olwez live..
mmg klu kwn2 x run kite pn susah nk run..i blieve u'll never stop run..coz u da only 1 booster of uitm & msu start runnin..proud of u..
1 day..u'll stand 2gether wif dat kenyan...chayok2 !!!

kaki LARI said...

sukha

thanks sukha...mana la tau kot2 one day boleh wakil terengganu ke kan..hehe

slalu ari selasa sy pegi stadium uitm,bile2 free bleh la dtg run..

keep running

thanks again.. :)

Anonymous said...

Sorry, I accidentally sent 4 times, thought it didn't get through. You may delete the first 3 comments.
Sure many runners know you, you are one of the runners icon.
Hope to see you in the coming races

- anak Terengganu jugok

haffis said...

Salam Bro..
ak pun trut simpati kat ko...
ak harap ko bnyak bersabar..
ni semua ujian buat kita..
ak pun sblum ni pun pernah jd cm ko..
tp ak bersabar n anggap pa yg berlaku 2 sbgai pembakar smgat untuk ak bkti kan pa mereka yg x penah hargai usaha aku sblum ni...
ak hrap ko x patah smgat.kita sama2 lah berusaha n buktikn pada semua org yg kita mampu lakukan..
ak doakan ko berjaya...
aminnnnn...

Zayani said...

banyak² kan bersabar.
kadang² ramai org tak akan nampak kita kalo kita dok kt belakang dan tak menonjol.

kalo awk tringin sgt, awk try lah join event² yg besar² dan try dpt placing n timing yg baik.

insyaAllah ramai org akn offer awk mcm². All the best my dear, Edan

nizam said...

hy sifu..im nizam frm brunei..sya nak berkongsi pengelaman dngn awk..

kaki LARI said...

anonymous: waah..anak terengganu juga?siapakah itu? berahsia pulak..haha

haffis: bro, ko memang ada bakat, teruskan usaha sebab ko memang ada peluang yg cerah untuk maju, ko dah berjaya dlm running nanti aku tumpang bangga bro..anak malaysia boleh!

kaki LARI said...

zayani: thanks mia, nak buat mamca manakan..kalau dlu skolah sukan mcm awk senangla sket..hehe

nizam: salam pekenalan nizam!

Zayani said...

edan, sy dlu skolah sukan tak da kena mngena dgn lari² pon ok..hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ;p