Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

pelari haram


aku tengok race tahun ni bukan main banyak lagi..bersepah-sepah..tiap2 minggu ada event running..bagusla macam tu..tapi harap-harap makin ramai lah jugak generasi muda yang terbuka hati untuk join event2 ni..takdela nanti mereka-mereka yang meningkat usia aje yang join atau mereka yang dah ada masalah kesihatan baru nak menyihatkan diri. Mencegah lebih baik dari merawat.

so far memang skrang takda satu event pon aku register. itu menyebabkan semangat untuk training pon takde. kalau aku dah register event slalu mesti aku bersemangat sebab ada target. memang aku join event adalah untuk improvekan timing aku dari masa ke semasa.

tapi nampak gaya tahun ni mungkin aku akan menjadi pelari HARAM je di kebanyakan event-event ni. tak kisahlah..janji aku dapat berlari dan dapat improvekan timing aku.

nak cakap pelari Haram macam kasar sangat, so aku rasa aku tukarla kepada "ghost runner". walaupon aku bukan hantu tapi bunyi pon macam style la sikit... orang dengar pon takut..ahahaha..

duit untuk kebelakangan ini sudah kehabisan disebabkan membeli benda yang aku fikir macam tak masuk akal aku beli. aku baru je beli laptop baru : Macbook Pro bersama-sama kelengkapannya yang memang takde yang murah sebab nak cari made in china memang susah. terpaksalah beli yang ori semuanya..tapi memang kena beli..nak belajar punya pasal dan untuk kegunaan masa depan.

total kos dalam Rm4000. tu tak termasuk software tambahan lagi tu...haiihhh...tahun lepas dah beli basikal Rm2000. maka secara rEsminya bajet untuk tahun ini (2011) sudah pon kehabisan. Mungkin tahun ni banyak medal-medal terpaksa dilupakan disebabkan sumber kewangan yang tidak berapa mengizinkan. Sedih-sedih..

Tapi yang pasti kalau aku berada di mana-mana event di seluruh malaysia mungkin aku akan berlari sebagai GHOST RUNNER. ada sapa-sapa nak join team hantu? jom register dengan aku..ahahaha



3 comments:

kim said...

shah shah, qila visit your other blog. nak comment tapi tak boleh.

amelia roslan said...

haaa yg ini ak mahu join la.
ghost runner!!
menarik.

kaki LARI said...

mel : jom2..nak register kena bagi gmbr pasport..haha