Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

suka berfikir

hari yang suram, dari pagi hujan...pelik..jarang hari ahad hujan berterusan macam ni.rasa-rasa memang banyak tempat dan banjir waktu ni.


dari semalam cuba siapkan painting yang perlu dihantar esok. tiba-tiba idea LoST. mood hilang. macam tulah bila buat artwork. kejap mood okey bersemangat. bila mood takde bergolek-goleklah atas katil.haha

topic yang aku nak share hari ini, mengenai Long Slow/ Steady Run (LSD). aku nampak kebelakangan ni ramai kawan-kawan Runner di Facebook sibuk nak run LSD. aku berfikir dan berfikir hari ni. aku ni memang suka bertanya soalan kat diri sendiri bila aku rasa pelik tentang sesuatu benda.

aku ni takdela lama sangat dlm dunia running ni. Yup, banyak lagi aku perlu belajar, belajar dan belajar. Aku Tak rasa aku ni bagus. dan aku rasa aku tak sebagus runner-runner tegar yang berlari full marathon yang dah berpuluh kali atau sehebat mereka yang dah berlari smpai tahap Ultra Marathon. Tiga tahun aku start aktif running dan aku rasa memang banyak lagi aku perlu belajar untuk improvekan diri aku.

Disebabkan aku tak tahu nak tanya pada siapa pasal soalan-soalan pelik yang keluar dari kepala aku ni jadi aku letak jela soalan tu di sini. mana tau ada sapa-sapa rasa boleh jawab. kalau soalan-soalan ni ada menguris hati sesiapa, awal-awal aku mintak maaf. biasalah, budak baru nak belajar, memang la tanya soalan direct kena muka je kan..hihihi

antara soalan yang terlintas dlm kepala sejak termenung panjang tunggu hujan berhenti :

1) apa motif Runner-runner ni running (training) sampai berpuluh-puluh km? benefit? nak turun berat badan? cuci mata? makan angin? muhasabah diri?
2) adakah training berpuluh-puluh kilometer boleh improvekan performance diorang ketika race nanti?
3) kenapa perlu training LSD ni? (aku tanya ni sebab aku memang tak pernah training lebih dari 15K untuk satu masa, yela..memang la sebab aku tak pernah lari full marathon, tapi perlu ke lari jauh-jauh?)
4) masa diorang lari berpuluh-puluh batu, berjam-jam, apa yang ada dalam fikiran diorang? nak kata pakai mp3 pon tidak..apa yang diorang rasa?fikir?perasaan?emosi?jiwa raga?
5) penting sangat ke LSD ni?
6) kalau lari LSD tiap-tiap minggu boleh ke improvekan timing masa race?
7) ada yang run pakai kasut "kaki ayam". function ke kasut tu untuk long run or just sekadar alas kaki? tak sayang kaki untuk long term?
8) lari jauh-jauh bukan nanti muscle lagi loose ke? kuatnye kaki diorang ni?
9) adakah diorang run jauh-jauh just nak perhatian? (haa..ni soalan memang kontrovesi..hahaha)

apa yang aku nampaklah kan, running community semakin hari makin ramai, yes, they run for fun, training to improve their self, but aku rasa bukan semua tahu rules for running. aku pon takde la tahu sangat. tapi aku cuba belajar. rules means apa yang perlu diorang tahu bila running. basic running, running form, breathing, running shoes dan sebagainya.

aku teringat satu org yang aku pernah jumpa tak lama dulu, memangla dikenali dan dia juga jual barang-barang running. Dia ada story pasal kasut yang dia promote dan dia running dengan kasut tu. Kasut tu memang la mahalkan. Kat malaysia tak ramai yang guna. Then dia cakap, "I running guna middle foot guna this shoes, tapi bila penat i terpaksa guna heel jugak". What the?? aku berfikir, kalau orang berpengalaman pasal kasut, dan Sure dah run banyak full marathon dalam dan luar negara dan dia jual kasut kat runner pon boleh cakap macam tu, adakah dia betul-betul tahu pasal running? dia ni ada belajar untuk improvekan dia punya running ke? rasa kalau dah jual kasut sure la tahu serba serbi pasal running...hmmm

Ilmu aku tak banyak. tapi aku nak share lah apa yang aku ada. Sepanjang aku baca buku running atau artikel yang aku jumpa pasal proper running technique, belum pernah lagi diorang cakap boleh running proper guna heel strike.. Bukan nak memburukkan orang, tapi adakah mereka ni belajar untuk running atau sekadar ada sebab-sebab tersendiri yang membuatkan mereka tak nak belajar teknik running?

ada banyak lagi soalan, tapi nanti orang cakap soalan aku ni macam kecoh pulak kan..aku tak hebat..aku memang tak boleh nak run jauh-jauh. sebab aku rasa kalau lari jauh pon belum tentu performance aku akan sampai tahap sejauh distance yang aku training tu masa race sebenar..

yup, orang training untuk improvekan diri mereka masa race sebenar, tetapi sejauh mana mereka tahu sama ada training mereka itu berada di landasan yang betul untuk improve?

aku berfikir dan berfikir, aku mengkaji dan mengkaji, dan.. aku temui jawapan. Sebenarnya memang dah ada orang buat research pasal ni. dan jawapan yang dia cakap,

LSD tak semestinya akan improvekan performance kita. Kerana? kerana LSD menggunakan aerobic heart rate. dan untuk improve lebih cepat runner perlu gunakan anaerobic heart rate. dan jawapan aku juga terjawab tentang satu soalan, LSD run memang boleh buatkan orang lose weight, tapi not in shape. Tu sebab ramai orang yang berbadan besar ni boleh kurus tapi badan akan lean (no muscle). kenapa? sebab muscle hanya boleh dibentuk bila kita buat interval running. (benda ni complicated) aku tak reti nak cerita dalam term sains sukan. tapi ini kerana ia ada kaitan dengan heart rate. aerobic dan anaerobic. tak percaya? okey. aku bagi contoh. kenapa badan sprinter or athlete berketul-ketul muscle die? sebab dia gunakan anaerobic muscle bila training. bukan aerobic muscle. sekian.

kalau tak percaya, boleh baca ni. aku tak tipu. jadi apa yang aku rasa tu betullah.tapi kalau ada tersalah kata minta lah perbetulkan..

BACA JANGAN TAK BACA.SAMA-SAMA TAMBAH ILMU.KONGSI DENGAN KAWAN-KAWAN.JANGAN KEDEKUT ILMU.


TEPUK DADA TANYA SELERA.

kata-kata akhir yang pernah aku baca,

Focus on QUALITY when you Training,
Not QUANTITY




4 comments:

KR said...

bagus edan, pandangan yang jujur. sape baca sila buat iktibar. running jgn terikut2, tepuk dada tanya selera larat ke tidak kita ni, takut tanpa sedar menyiksa diri pulak.why join full ni - trend ke? look mancho ke? tayang kat awek ke? banyakkan membaca dan bergaul dgn oang yg berpengalaman pasal benda ni, lenkali tulis lagi kat sini ya. nanti kita oang leh sharing2 ilmu tu - tak lah kita ni main taram je...all the best edan

kaki Lari said...

thanks mr.KR, perkataan Trend tu yang sy cari..hehe...tulah dah jadi trend runner skarang run jauh2 over expectation, sy cuma risau nanti tak smpai 1 tahun run dah kena gantung kasut..sharing is caring..hehe

rusfarizal rusli said...

good info bro,saye suke kata2 terakhir tu,quality not quantity,jom kenyirrrr......

kaki Lari said...

just share ape yg sy baca bro..

yup.itu yg perlu di ambil iktibar..jgn balun je ikut sedap badan..hehe

alamak..swim boleh smpai tahap di inginkan lagi bro..ehehe