Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

adiNation Shah Alam : first week


adiNation of Runners Shah Alam

semalam, 09.02.2010 adalah hari pertama adiNation shah alam untuk tahun 2011 di jalankan.

oowh..lupa nak bagi tau. Aku telah di pertanggungjawabkan oleh trainer sebelum ni Bro Imran dan telah mendapat persetujuan dari Mr.Krishnan (Head of Adidas Running) untuk mengendalikan Program adidas AdiNation of Runners (aNR) Shah Alam untuk tahun 2011.

oooowh..gelak kan aku ehh...takpe-takpe..

Mula-mula tu rase macam tak confident je nak jadi trainer. Sebab aku ni bukan nye bagus sangat. Ramai lagi runner2 tegar kat shah alam ni yang lagi hebat dan berpengalaman. Tetapi atas dasar semangat running dan perasaan untuk membantu orang lain aku terima dengan hati terbuka.

semangat bercakap..macam-macam gaya ada...layaan...

Aku juga dpt persetujuan dari Mr.Krishanan untuk ubah progarm aNR shah alam dari Tasik Sek. 2 ke Tasik Sek.7. Sebab utama adalah persekitaran di tasik sek.7 adalah lebih sesuai untuk melakukan sesi training berkumpulan dan lebih mudah untuk di pantau.

macam bagi ceramah, abg dan dah boring je nampak..haha

Kalau nak ikutkan, lebih senangkan diri aku sebagai trainer kalau aku buat training di Tasik Sek.2 sebab lagi dekat dari sek.13, tetapi aku rasa objektif untuk jalankan Program adiNation akan lebih berjaya kalau di buat di tempat yang betul-betul sesuai untuk running. Jauh tu memang jauh kalau nak pegi dari sek.13 ke Sek.7... 10K kalau kayuh naik basikal. pergi balik 20K. kalau nak berjalan lagi la jauhkan. tapi tu bukan alasan bagi diri aku. So, harap tak beli alasan pada mereka-mereka yang duduk jauh sket tu..

mereka yang hadir..thanks apiz n luvis tolong ambil gambar kami..

Minggu pertama ni aku just briefing tentang program aNR ni. InsyaAllah minggu depan akan mula running dan introduction tentang Basic running teknik. Datangla kalu free. Percuma je..

Lepas habis briefing dan sesi bergambar, majlis pon bersurai.

MEETING UiTM Runners Club (URC)

malam pulak lepas training aNR, dijemput oleh alwi (presiden URC) untuk join meeting diorang. Sebagai founder URC aku memang berbesar hatila jugak untuk join meeting ni. Rindu jugakla kat URC. Yelah, kita yang bersusah payah dulu masa nak tubuhkan URC mestila rasa sayangkan..

Lepas solat maghrib dan makan bersama Dudu (ahli baru aNR: upcoming triathlete: coach swimmer) kitorang ke meeting URC. Datang-datang kat pusat sukan uitm, aku terkejut.. maakaaii..ramainye datang..haha! aku rase adalah dalam 25 orang yang datang meeting ni. memang kebanyakan semua muka yang aku tak kenal. ahli-ahli baru la ni kot..

Lepas alwi briefing pasal URC. alwi minta tolong untuk briefing pasal Running n adiNation pada ahli-ahli baru ni. mula-mula tu macam biasaela..mestila cuakkan.skrip pon takde. tapi buat-buat confident jela.. goreng jela ape patut. ahaha... cakap punya cakap macam lama la pulak! ahahaha

Benda yang paling aku tak boleh lupa masa aku briefing ni. Aku bertanye soalan kat ahli-ahli baru ni kenapa join URC? kenapa tak join club2 lain dalam UiTM ni? dan jawapan yang aku dapat : "Saya memang SUKA running"

FUUHH! aku terkejut beb, serius. aku terkejut. aku rase dah lama aku tak dengar jawapan tu dari mulut orang yang nak join running club terutama dari mulut budak perempuan.

kalau nak dengar jawapan tu dari budak-budak msU aku rase memang agak susah. aku pon susah hati oooo... sebab ape aku tak tahu. tapi berdasarkan pemerhatian aku berada dan belajar di IPTA dan IPTS, budak-budak ipts ni mungkin kurang minat tentang aktiviti-aktiviti running ni. aku tak tahula sebab ape. tapi itu hakikat. takde lagi rasanye yang betul-betul dengan hati terbuka menjawab "SAYA SANGAT MINAT RUNNING" . kalau akan datang aku tak tahula kan... yang berminat tu ada. tapi mungkin kesungguhan tu sekerat jalan atau sementara aje. tepok dada tanya selera la kan...masing-masing punya minat..

Prinsip aku satu je kalau masing-masing ada minat :

"Nak buat sesuatu tak perlu di paksa atau di ajak banyak kali. Ajak sekali cukup. Kalau dia betul-betul minat, dia akan datang sendiri untuk running."

Kalau nak kena heret nak kena pujuk baru nak running, jangan harap la aku nak layan. Bukan aku nak berlagak atau sombong. Tapi kalau orang dah tak minat tak guna nak tolong. Baik kita tolong mereka yang betul-betul nak belajar atau rasa nak improvekan diri diorang. Orang macam ni aku lagi respect. Biar pon lari 1K dah semput. Itu lagi baik dari semua nak kena arah atau disuruh. Hidup segan mati tak mau (ada kena mengena ke? ahaha). Tiba-tiba terfikir pepatah tu. Yelah, kalau dah minat tak perlu segan-segan.

Aku pon selalu macam tu. Kalau aku nampak orang running kat mane-mane sure aku akan senyum atau angkat tangan. Sebab bagi aku, orang yang ada usaha sendiri untuk running walaupon seorang diri itu lebih baik dari mereka yang duduk kat taman atau tasik melepak atau berdating-dating ni. Daripada korang buang masa berdating tepi tasik, lagi baik ko ajak awek ko tu pegi joging. Jalan-jalan riadah ke petang-petang. Sihat jugak tubuh badan. Dari melepak tepi tasik atas motor / dalam kereta tu buat ape? ada faedah?? ape yang terasa tu mintak maaflah. Ini hakikat budak-budak zaman sekarang.

Banyak pulak aku membebelkan. Mintak maaflah. Dah memang aku macam ni. Risau aku budak-budak zaman sekarang ni. Ape nak jadi generasi akan datang tak tahula. Tak kan dah sakit terduduk baru nak cari jalan untuk sihat. Renung-renungkanlah.

Amanah sebagai trainer adiNation of Runners ni insyaAllah aku akan guna sebaik mungkin. Sebab adidas nak bantu orang running. So aku pon tolongla sekali bantu. Kalau ada orang yang aku bantu tu hebat aku juga tumpang bangga. Macam budak-budak URC yang dah hebat-hebat.

Contoh: alwi (dah dapat wakil uitm pegi MASUM untuk long distance), sufinah (wakil uitm MASUM long distance siap dapat pingat emas lagi 2010..gile hebaat..), aizuddin (dah wakil MASUM dan SUKMA selangor untuk Kayak..pon hebat...), ahboy (dapat join POWERMAN first time). budak-budak URC yang selalu je menang event running, macam Sukha, Asif, Ruby. yang lain aku tak ingat. Tapi serius, aku memang tumpang bangga bila mereka-mereka ni hebat. Walaupon aku ni takla hebat dan tak sampai tahap tinngi dapat wakil Sukma dan sebagainye tapi rasa berbaloi la jugakkan. Bila URC memang kelab terbaik UiTM aku pon tumpang banggalah jugak, walaupon takdela terlibat sangat.

Semalam pon sempat jumpa Pn.Hamidah, penaung kelab URC dari aku mula tubuhkan dulu sampaila sekarang. Borak-borak kejap dengan dia. Memang sangat sporting dan supportive. Tulah, orang jiwa sukan jumpa orang sukan biasala kan. Semua jadi menarik dan best bila borak.

Kalau ada kawan-kawan yang duduk shah alam atau rasa nak bersama-sama join aku training jomla. Aku rase aku ni ilmu running tu takdela cukup sangat. Tapi boleh la bantu kawan-kawan sikit-sikit

Bila dapat tolong diorang improve. Nanti diorang pon tolongla kawan-kawan lain untuk improve jugak. Dan begitulah seterusnya. Falsafah hidup aku:

"Sentiasa ingat, Bumi ini bulat.
Seperti juga dunia ini sebagai putaran kehidupan.
Kita berada di dalam putaran tersebut.
Kalau hari ini kita buat baik, maka baiklah generasi kita akan datang.
Kalau hari ini kita buat jahat,
jangan salahkan generasi kita akan datang
jadi jahat macam kita hari ini.
Kerana Bumi ciptaan ALLAH ini juga berputar mengikut paksinya"


- edan syah -

Renung-renungkan dan beramal lah selaluuuuuuuu...bye!


5 comments:

sukha said...

suke quote last tu..

biase r tu..klu org x minat mcm2 alasan bg..kite je yg semangat..
alhamdulillah rmai member baru..
sbenarnya ade lg student uitm yg minat run..cume tau2 jela..klas x menentu..slalu klu sukha ajk join diorg ckp takot x bole bg komitmen..
bru pg td jpe sorg girl..lari kat stadium..bole thn hebat..borak2 mmg die pn minat run..cume ade klas sbtu..in'Allh die join pasni..

p/s : kemenangan yg kitorg dpt..hasil tunjuk ajr sifu jgk..spirit edan tu mmg terbias kat kitorg lah..

kaki Lari said...

thanks sukha..

okey.kalau ade yg minat ajak la okey..
kena ajak pegi event..baru diorng seronok nk run.. :)

p/s: xdela..dah semua nya powerkan..tumpang bangga pon okeyla..hehe :p

Faryd Syakirin said...

bro org luar leh join ka?kul bapa start?hehe

kaki Lari said...

boleh bro..memang dialu2kan

5:30pm setiap hari rabu kat tasik sek 7 shah alam

apa2 info kat sini

www.adinationshahalam.blogspot.com

Anonymous said...

edan,

semenjak dua menjak i kenal u, i selalu doa, u will one day have a good career path. Penting tu, supaya edan boleh bantu lebih ramai lagi orang :)

your leadership quallities, i harap, jangan padam. and i also doa, u will get a good life partner, who will lebih menyinar-nyinarkan yr good qualities :)

life memang payah edan. kalau masa muda edan dah sedar, hidup ni mcm dalam bulatan, baguslah, bcoz, i dah tua ni baru tertampar tersedar yg "kita hanya mampu merancang, allah yg menentukan" and "su sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari"...kan best kalau apa yg kita nak, sume kita dapat kan :)

i would like to dedicate to you one song, by Jason Marz
"life is wounderful"...

stay strong ok...we need you !! :)