Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

be independent,,


hidup makin lama makin merunsingkan,,,

aku ni bukanlah jenis yang independent sangat dalam hidup,,, dari kecik sampai sekarang family yang tanggung,,

nak kerja part time? pernah sekali je dalam hidup- masa aku belajar kat uitm dulu,, masa cuti semester Part 2,, kerja dekat company yang buat model rumah..tau? ala,, model umah yang kecik-kecik tuu.. kerja dulu sekadar nak amik pengalaman hidup..nak mendalami dunia architecture~

tak pernah pon dulu kerja nak cari duit banyak-banyak,, tapi kerja dulu sebulan,, dapat gaji Rm1K jugak..hahaha..memang best..kerja agak penat,, masuk kerja 9am - habis 10pm....setiap hari isnin sampai jumaat,, tapi kalau ade work nak hantar cepat,, kena juga overtime hari sabtu,,

pengalaman kerja dulu best sebab aku kerja dekat tempat yang aku minat,, bukak internet,, bukak yellowpages semata-mata nak cari kerja,, arwah mak aku pon pelik masa tu,, apelah semangat sangat cari kerja~





lupa pulak,, aku pernah juga kerja dekat central market (pasar seni) masa cuti semester kat UiTM dulu,, tu pon satu pengalaman yang paling best dalam hidup,, bergaul dengan orang seni,, hari-hari tengok orang melukis,, aura nak melukis pon melekat kat kita,, aku yang tak berapa pandai melukis potret ni tiba-tiba boleh melukis potret...

dalam hadis pon ada cakap,, Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

rindu pulak nak duduk kat pasar seni macam dulu,, aman, tenang je hidup... hari-hari menikmati hasil seni anugerah Tuhan~

sekarang ni lagi banyak berada dalam dunia running, kawan-kawan keliling cita running je..bukak facebook hari-hari ada orang cerita pasal running, post gambar running,, mana tak rasa nak berlari je keje,,

dulu ada terfikir nak cari gf berjiwa seni,, sebab nanti aku rajinla sikit nak berseni,, tapi payahla nak cari,, tak ramai pompuan yang berseni,, ada memang ada, tapi dia pulak tak minat kat aku,, kecewa~

nak cari gf suka running? budak-budak baya aku sekarang mana la suka running,, makcik-makcik, akak-akak ramai lah aku nengok,, semua tak kena dengan jiwalah...takpe-takpe...benda-benda ni lain masa boleh fikir,, banyak lagi komitmen nak kena buat untuk diri sendiri~

ni nak story jugak,

dalam adik beradik aku,, memang semuanya bukanlah jenis yang cari kerja part time bila cuti,, jenis yang hidup senang sangt kot,, abang aku, setahu aku memang tak pernah kerja part time masa belajar,, ada aku dengar dia kerja kejap aje masa kat UK.,, masa cuti semester jadi cleaner kat university (macam best je...cari pengalaman kot..suka-suka..)

adik pompuan aku sorang pernah jadi cikgu sambilan masa cuti semester,, lagi hebat,, ganti cikgu cuti bersalin kat sekolah arwah mak aku dulu,, gaji pon mcm best,, siap dapat duit KWSP lagi..hihi

adik laki aku sorang tu (shahir) paling rajin kerja part time,, cuti lama je dia yang paling suka cari kerja,, aku pon pelik dengan dia ni..tengok macam selengee sikit,, tapi independent jugak rupanya..hihihi.. dia ni memang jenis suka beli barang branded sikit,, ala-ala lelaki metroseksual gitu,, so kalau kerja pon nak kat tempat perfume,, jual baju,, memang aku tak minat lah beb,, dia dah biasa cari kerja,, so selalu cuti kejap pon boleh lagi cari kerja,,

yang aku ni? nak tanya kerja kosong kat shoping kompleks pon segan,, teringin jugak dulu nak kerja dekat kedai adidas jadi promoter,, tapi tau-tau jela..aku ni jenis malu-malu sket,, nampak je cool..hampeh~

haiih,, ape aku merepek kat atas ni pon aku tak tau,, tapi storyline hari ni pasal kerja part timelah kan,, bagi akulah, hidup sebagai pelajar universiti ni paling seksa beb,, terutama bab kewangan,,, biasala orang cakap,, kais pagi makan pagi,, kais petang makan petang,, kais malam makan hati jelah~

kewangan semakin kritikal sejak dua menjak ni..nak kata boros,, belanja awek,, tak pernah pulak,, nak kata daftar event running tiap-tiap minggu pon takde jugak,, tapi hidup kat IPTS ni kos hidup memang agak tinggi..tak macam kat UiTM dulu,, masa uitm pegi event pon uitm sponsor,, sekarang universiti nak sponsor? agak jauuh sama sekali,, kadang-kadang aku bengang jugak,, pergi event bawa nama universiti,, tapi satu hapak pon tak support... tak patut betul..bila menang tau pulak nak cari publisiti,, itulah private univerisiti kalau korang nak tau,, haaaaa,, bukan nak buruk kan univerisiti sendiri,, tapi ni kena kat muka aku..biarla aku nak kata apakan.. kalau tak puas hati boleh jumpa aku,, aku tembak balik (haah,, hampir marah ni..sabar-sabar...)

ada waktu aku berfikir seperti nak stop running sebab tak dapat nak join event,, memanglah running untuk kesihatan,, tapi aku suka juga kumpul medal,, dapat improvekan diri aku bila running,, dapat naik podium,, ni asyik jadi pelari hantu je.. orang nengok pon dah macam hantu,,

sekarang ni pon event running bukan main melampau mahal,, kalau orang bekerja pon dah terasa,, aku yang belajar ni apatah lagi,, rasa nak menyumpah-yumpah pon apa boleh buat... kos hidup pon semua meningkat naik tanpa apa-apa signal,, yang jadi mangsa? aku jugak kan~

satu event sekarang register dah RM20-RM30. kalau nama international sikit harga nak RM60-70. tapi standard tak jugak international. tu yang lagi buat sakit hati,, aku pon tak taulah berapa ratus aku habis setahun untuk minat aku dalam sukan ni...makan ribu jugak kalau campur aksesori,, basikal (repair lagi),, kasut,, macam-macam! dari running,, berjangkit pulak dekat berbasikal,, dah berbasikal,, nak berenang pulak,, dah berenang nak up sikit naik gunung pulak..macam-macam kehendak diri ni,, minatlah kata kan...

tapi tu lah,, family tidak begitu memberi sokongan apa yang aku buat,, atau apa yang aku capai,, kadang-kadang sedih la jugak kan,, aku register event pon tak pernah nak mintak duit,, kadang-kadang terpkasa la jugak,, register POWERMAN tahun lepas paling sakit,, register pon RM150,, GILE! tahun ni naik RM170... student price RM170?? !@$@$#!@$@!#@!^%@$%!$@^!$@$!%^

pikir-pikir la sikit,, aku dari dulu tak puas hati dengan organizer-organizer event kat malaysia ni,, budak-budak zaman sekarang kalau event yang berkaitan kesihatan yang FREE pon susah nak join,, ini kan pulak yang harga macam gini,, tak pernah fikir ke? mungkin sebab organizer ni masa diorang belajar kat univerisiti dulu tak pernah join event yang sihat kot,, tu yang bila dia buat event nak cekik daraH~

kalaulah aku ni ada dalam komuniti kementerian belia dan sukan tu aku nak cadangkan pelajar-pelajar universiti diberi debit kad atau kad diskaun untuk join event-event dalam malaysia,, lagi banyak event mereka join, lagi banyak diskaun dapat,, kan bagus macam tu...kad diskaun bercuti untuk student bukan main banyak lagi buat promotion,, untuk event-event ke arah kesihatan takde pulak,, minda masyarakat terumata pemimpin-pemimpin negara ni mungkin belum terbuka,, nak tengok belia-belia kita ni rosak terikut gaya sosial barat baru nak tergerak hati buat sesuatu kot,,

bagi akulah sebagai belia malaysia,, belum ada lagi manfaat yang diberi oleh kerajaan untuk kepentingan belia-belia sekarang ni,, ada mungkin ada,, konsert belambak-lambak lakan,, bawa artis oversea bukan main lagi,, cuba bawa tokoh-tokoh yang hebat datang Malaysia? kan lagi bagus,,, dari jadikan artis-artis tu idol,, lagi baik jadikan mereka yang berjaya dalam hidup sebagai idol,,

Singapore negara kecik,, tapi boleh bawa Craig Alexander (ironman champion) datang negara dia,, bagi support event negara diorang? kita? ada la aku dengar bawa carl lewis datang sini,, datang sekadar nak promote event baik tak payah,, bawalah mereka yang hebat datang,, lepas tu buat clinic,, talk,, camp,, kan bagus,,

haaah~ susah bila idea dah membuak-buak, ketidakpuasan hati bertimbun-timbun,, dah berapa ribu patah perkataan aku taip pon aku tak tau dah,, ni bukan merapu jugak,, tapi ni apa yang aku rasa,, apa yang aku fikit,, jangan ingat aku ni tak fikir masa depan~

BE INDEPENDENT



baru mukadimah rupanya,, hahaha~

betul,, nampak gayanya,, aku dah terpaksa hidup independent,, kena pandai cari duit sendiri,, nak bergantung pada family dah tak boleh dah sekarang,, sejak arwah mak takde ni... haaihh,, malas la nak cite...

hakikatnya,, memang aku kena cari kerja sekarang,, kalau nak tunggu dapat hadiah saguhati dari join event running tu memangla ada sikit-sikit,, tapi tak membantula sangat,,

kemahiran dan skill dalam design tu memang ada,, ada jugak orang minta buat design,, tapi harga bagi sikit, aku malas nak buat,, berfikir buat design bukan senang beb,, perah otak berhari-hari, berjam-jam menghadap laptop ni...

aku nak cari kerja part time designer la kot,, buat design kat company,, ada juga hasil,, yelah,, kalau nak kerja nanti pon bidang design jugak,, dah minat~

lukis potrait pon best,, tapi aku buat potret teliti sangat,, sampai tahap kepala dah jem,, sebab lama nak siapkan potrait tu.. susah jugak~






2 comments:

Ann Sedai said...

Rattatouille: Remy, food will come. Food always comes to those who love to cook.

Modified version for si kakirunner: Kakirunner, work will come. Work always comes to those who want to work..hihi :D

Faryd Syakirin said...

coach good luck,insyaAllah akan dpermudahkan urusan coach,terus berjuang..mmg life kt univ sgt kompleks,tp Uitm x kot hehe..mmg kene independent,kt hadapi prob sama,family x sgt support minat kite,tp tugas kite buktikan pd diri kita yg kt mampu untuk berdiri dan survive dgn minat dan impian kita