Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

dan sebenarnya..



dan sebenarnya..barulah aku perasan kenapa aku malas sangat nak update blog ni..

dari awal bulan March sampai lah sekarang jadual hujung minggu aku penuh dengan aktiviti running... aku memang update setiap event yg aku masuk..tak kiralah lari hantu ke tak...

Kisah si pelari Hantu:

sebenarnya bagi aku lari hantu aka lari haram ini takdelah masalah besar sangat. yang jadi masalah bila yang si hantu ni nak jugak amik medal finisher... lagi bagus orang yang lari hantu dari nak berlari langsung taknak. yang lari hantu ni bangun awal pagi jugak semata-mata nak memeriahkan majlis di venue2 yang ada event menarik...

aku pon sebenarnya lagi suka join lari hantu, ada tiga sebab utama, satu sebab sumber kewangan yang tidak mengizinkan, dua; bajet selalu dapat lambat. baru nak register event dah penuh. hampes betul,, dan yang ketiga kalau aku running takde bib ni serius takde pressure... berlari dengan hati yang senang..start dari belakang sekali pon takda masalah..selalu aku akan join lari hantu bila aku nak buat tempo training. sebab bagi aku ini masa terbaik sebab condition masa event berlainan bila kita lari sorang-sorang. bila dah nengok ramai yang berlari kat tepi kita ade la feel sikit... dalam masa yang sama aku memang enjoy bila berlari dan dapat beri semangat pada runner-runner yang sedang berlari...

ALKisah minggu ini:

nak tak nak memang aku terpaksa update ape yang aku buat pada tiap-tiap hujung minggu,, bukanlah nak menunjuk aku masuk event apa. tapi sekadar nak berkongsi cerita. dah ni pon blog aku,, ikut suka aku jugaklah nak tulis ape kan..hahaha :p

kalau tangguh punya tangguh, sampai dah malas dah nak update apa-apa..

SABTU (4.06.2011)

Event: adidas all24 all run
Tempat: Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara
Masa: 9:00pm hingga 1am

Ini salah satu event yang menarik tahun ini. Bersempena dengan event adidas all24,, adidas allRun diadakan. Banyak kali jugak mr.krishnan meng"call" aku supaya join event ni. dia cakap bawa team adination shah alam. aku pon On jelah~

adination shah alam menghantar 5 pasukan. dengan nama pasukan masing-masing : adiNation of Runners Shah Alam YOUTH Team 1 hinggalah ke 5.

Target masuk event ini memang kalau boleh nak berada dalam kelompok 5 pasukan terbaik. jadi aku cuba cari runner-runner yang punya pace yang baik untuk join team aku dalam event ni.

1st planning nak cari semua geng dari aNR shah alam. Tapi berdasarkan training dan kesungguhan,, bukan semua berminat untuk bertanding secara kompetitif. Aku pon tak cakap nak cari team yang top. tapi aku suka kalau ada team yang betul-betul boleh beri sepenuh komitmen pada pasukan sendiri. KOMITMEN ini satu perkata yang sangat besar. terutama komitmen pada diri sendiri sebelum ke tahap komitmen pada team. komitmen itu tanggungjawab. kalau kita ada ahli pasukan yang punya komitmen yang tinggi pada diri sendiri mesti tak payah nak buat sesuatu tu disuruh-suruh. diorang mesti ada semangat sendiri untuk training. team aku untuk adidas all24 Run ni bukanlah kuat sangat. tapi aku tahu diorang ni ada semangat dan komitmen yang tinggi untuk bertanding.

ada sorang runner dalam team aku ni,,masa hari event baru jumpa.tapi aku tahu kalau passion ko running sure ko akan buat yang terbaik. malam tu aku rasa semua ahli pasukan aku dah buat yang terbaik. memang aku bangga dengan diorang ni semua. salute~

37A >AISYAH
(shah Alam team..satu-satunya runner shah alam yg makin menyinar..tahniah..akan represent UiTM at MASUM)
37B >AKRAM
(dari KL..baru habis sekolah..tapi memang laju..terbaek bro.)
37C >HAFIZ FEROZ
(datang dari penang semata-mata nak join event ni..thanks bro..)
37D : kakirunner
37E >ALWI
(shah Alam team...team member aku yg paling suportif dan ada komitmen..dari aku kat URC lagi...akan represent UiTM juga at MASUM)
37F >AMIRUL SYAZWAN
(dari UM..ni..akan represent Universiti Malaya at MASUM)

datang bersama alwi, abg sharif, sukha, dan aisyah. tumpang kereta alwi. terima kasih byk bro.. sampai kat sana ahli pasukan aku dah sampai...lepas amik bib dan chip.kitorang get ready.. satu loop 1.4K. before race pergi survey dulu route.boleh tahan menarik. tapi jalan tak berapa rata. bahaya jugaklah..aku runner ke 4. Bib no 37D

team member aku memang berada dalam fitnes yg tiptop. semua tengah training untuk kejohanan MASUM. disebabkan aku berada di IPTS dan kejohanan IPTS takde, aku tak dapat la nak join sekaki. hampess betul IPTS punya olahraga...

aku malas nak cerita panjang, alhamdulillah team aku dapat no3 untuk event ni. mula-mula tu memang tak sangka berada dalam top 3. team no.1 (UTM kakithon) dan no.2 (team sekolah selangor) dah agak jauh tinggalkan team kami. 1 dan 2 lap. team ke-4 (team kawan aku juga, jason loh) berada dua lap dibelakang.. nak lari 4 jam memang mental beb. nasib baiklah relay. sorang runner ada masa rehat dalam 25minit..

hujan pulak kejap masa run tu. syukurlah tak cramp kaki ni...aku berlari tanpa MP3 sejak bulan lepas. ipod aku rosaaaaak! lagilah saiko dan mental..serius..aku pon tak tau mcm mana nak cakap. tak taulah pace aku laju atau slow bila tiada mp3 ditelinga. tapi nak taknak kena jugaklah melawan mental.

average setiap ahli team aku lari 7 lap. totap lap 46 sahaja. dah macam marathon relay. memang terbaiklah event ni. teringat balik masa kenangan Malaysia book of record dulu. Berlari 7hari 6malam relay run tanpa henti. tu lagi lah mental..dah sampai tidur pon pakai kasut..hehe..seronok-seronok..

pace aku untuk event ni takda la bagus sgt..speed memang aku kurang sikit..minggu ni pon takda langsung buat speed training...lagilah semput masa event ni..tapi masa lari tu pk 1.4K je satu loop..so just buat yang terbaik untuk giliran masing-masing..

ini aku punya pace untuk malam tersebut: distance 1.4K per loop

loop 1) 4.6.11 > 9:43:27PM (4:13.1) - loop ni macam terlebih laju sikit..biasalah nerves sindrom..lepas tu loop lain sempuuut!
loop 2) 4.6.11 > 10:13:21PM (4:29.1)
loop 3) 4.6.11 > 10:44:00PM (4:36.3)
loop 4) 4.6.11 > 11:46:24PM (4:41.8)
loop 5) 5.6.11 > 12:18:56AM (4:40.2)
loop 6) 5.6.11 > 12:50:42AM (4:47.3)
loop 7) 5.6.11 > 1:22:45AM (4:28.2) - last loop memamg try tekan..tapi ni aje yang dapat..otot-otot kaki ni semua dah nak keras..

itu saja kisah untuk adidas all24 run. tahniah pada semua team yang menghabiskan larian pada malam tersebut. aku memang salute dengan semangat berpasukan dari semua team yang mengambil bahagian untuk adidas relay ini. bukan placing yang menjadi penentu. tapi semangat berpasukan untuk menghabiskan larian 4jam bukan mudah. ada sorang akak ni,, badan memang besar jugaklah..tapi still boleh join and run.. respect dengan orang-orang yang macam ni..berbanding mereka yang takde semangat langsung untuk buat sesuatu untuk jaga kesihatan masing-masing..terutama belia-belia sekarang ni..jangan lah umur dah masuk 30-an baru nak mula bersukan...

akhir kata,, tahniah pada semua pasukan dari aNR shah alam. semangat yang korang semua tunjukkan pada malam tersebut sangat-sangatlah luar biasa. memang aku bangga dengan korang semua! semua macam dah naik hantu bila lari relay...lagi pon lari malam..cuaca cantik..memang bestlah run..... kalau adidas buat relay run pusing malaysia sure aku orang pertama yang isi borang register..hihihi

AHAD (5.6.2011)

event semalam start lambat.habis pon mestiah lambat. start 9:30pm habis 1:30Am. dah duduk lepak2 amik baju lagi dah pukul 2am. sampai umah makan-makan dah pukul 3am. pukul 3am mandi-mandi jap dah 3.30am. 3.30am baru nak tido pukul 4.30 dah kena bergerak ke New Balance run pulak...hahaha..memang gile..aku ni dah macam zombie semalam...balik umah bukak FB tengok2 gambar lari relay dah ada dlm page adidas malaysia! pantasssss!


meneman jey dan ann bersama mr.muaz dan abg shariff ke putrajaya. planning minggu ni nak run haram kat new balance (preparation untuk SCKLM) tapi memang dah tak larat gila bila habis relay run malam sabtu tu. Jey nak run 30K. preparation untuk marathon SCKLM. ann buat pertama kali run 15K. prepare untuk HM yang pertama. masing-masing ada target.

aku memang bersemangat bila org tu ada semangat sendiri nak berlari. so aku dah en.muaz sekadar datang dan beri sokongan pada mereka berdua ni. angkut basikal jey dan ann ke putrajaya. pegi untuk eskot jey yang nak lari 30K buat kali pertama. aku pon teruja la juga. geng aNR shah alam aku nak lari 30K hari ni. aku pon tak pernah lagi lari 30K.

tahniah pada jey dan ann yang berjaya menamatkan larian walaupon lari haram juga. memang bangga jugak dgn teammate aku ni. dah tak dapat nak ikut lari 30K. dapat tolong bawa air pon jadilah..sokongan untuk kawan-kawan..ann dapat buat timing yang baik untuk 1st 15K nye. 1jam 59min kalau tak silap. memang terbaiklah tu untuk yang baru 3 minggu join training bersama geng aNR Shah Alam. Jey dapat buat 3:20 kalau tak silap. 1st 15K agak steady sebab follow ann. last 15K baru ikut pace die.

balik dari putrajaya merendam kejap di aparment jey. dan berkumpul semula bersama geng aNR shah alam jam 1:30pm untuk Majlis Weding Taufek. salah sorang runner dari geng aNR shah alam.

TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU pada saudara TAUFEK!

aku bila pegi wedding orang mesti aku terfikir, macam manalah agaknya weding aku nanti.hahaha...berangan~ takdelah..aku selalu fikir,, malaysia weding selalu semua dalam dewan. ajak ramai orang datang...

kalaulah aku kawen, rasa-rasanya mcm nak buat lain sikitlah... kena creative sikit..hihihi..takkan nak sama dengan orang je kan..nantilah aku fikir weding style ape yang aku nak buat..lama lagi masa untuk difikirkan.. kerja tak lagi..gf pon takde..ada hati nak fikir pasal kawen..hahaha

tapi kalau boleh memang aku taknak buat dalam dewan..buat tepi pantai ke,, atas gunung ke,,tepi air terjun ke..tapi kalau betul-betul gila running boleh buat kat stadium. atas trek..hahaha...kretif tak??

cerita tak habis lagi.balik wedding,,rest kejap..malam kena pegi peyampaian hadiah untuk adidas all24 pulak..terlajak tidur.nasib baik alwi datang lambat sket. 8pm kena ada kat bukit kiara. tunggu punya tunggu dengan show dan konsert pukul 11pm baru nak bagi hadiah. GILE betul..dah tu sebab masa dah tak banyak boleh pulak dia bagi prizing untuk 1st place je kat atas pentas.. lagila hampas kelapa sawit! penat budak-budak ni tunggu nak naik pentas bergambar..tengok-tengok kena amik adiah kat kemah urusetia aje.. dah pegi kemah dia cakap check akan dihantar ke rumah.. lagi la hampass! xde hadiah ape2 pon..tak patutla macam gini adidas,,, kurang-kurang bagila hadiah saguhati kat pentas..apa nak buat..event orang..kita ni join ajeeee..kecewaaaaa~

gambar ada..nantilaaaa..


No comments: