Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

mentor dan kawan~


sebelum aku nak bercerita tentang perkara yang mengembirakan apa yang berlaku minggu lepas, ada baiknya jugak aku ceritakan dulu kisah sedih yang sedang melanda diri,,

tak tahulah aku nak mula dari mana, tapi,,,,,,,,,,,,,,,,,

haaih,, sedih pulak,,,
tiba-tiba teringatkan seseorang,, bukan buah hati,, tapi seseorang yang dah banyak membantu dan beri sokongan pada aku sejak dari awal tahun 2011 ni,,

abang shariff~

pergi ke tanjung malim atas urusan kerja dengan tiba-tiba,, takde hujan,, takde ribut,, tibe2 aje dia pergi~

dia ada cakap nak pergi untuk kerja di proton tanjung malim dalam bulan tujuh,,, tak sangka pulak awal bulan 6 dah kena ke sana,, minggu lepas dia cakap kena ke tanjung malim,, ada meeting kat sana,, tak dapat join training,, tapi esoknye pulak dia cakap ke tanjung malim jugak~

minggu lepas aku tak terasa sangat dia takde,, tapi minggu ni macam terasa gile beb~ nak cakap rindu,, memang ada rindulah kat dia,, rindu nak training sama-sama,, haihh,, sedih pulak nak bercerita,,

kalau korang nak tau,, dialah yang paling banyak bantu aku sejak dua menjak ni,, pergi training ke hulu ke hilir, pagi,, petang,, siang,, malam,, ada aje aku melekat dengan dia,,

serius beb,, aku rasa kurang bersemangat sket sejak dia takde minggu ni,, nak training pon macam malas,, geng2 lain memang ramai,, tapi bila difikirkan,, sampai bila jugak la diorang ni ada,, kejap ada kejap ada yang malas training,,


sejak dari bulan feburari,, aku banyak training bersama abg shariff,, kalau petang nak pergi stadium, dia amik kat umah,, balik kerja terus datang amik aku pergi training,, kalau dia tak join pon dia duduk je kat tepi tengok aku training,,

ada time dia naik hantu memang ada jugak dia cucuk aku dari belakang,, boleh tahan lajuu~ haiih,, sedih, sedih,,,

aku banyak belajar dari abang shariff,, training plan yang dia buat untuk aku walaupun simple tapi banyak improvekan aku sejak dua menjak ni,, aku rasa kalau dia takde aku tak rasa aku boleh improve macam sekarang,,

abg shariff cakap dia mungkin setahun kat tanjung malim,, setahun? gile lama beb,, aku nak training dengan sape??

kadang-kadang memang abang shariff ni suka mencabar aku bukan main lagi,, geram pon ade,, tapi bila difikir balik, kalau dia tak cabar, memang aku pon malas nak training betol2...,, abg shariff,, kenapa la ko kena pegi time-time macam ni~,,

memang aku terasa gila diri aku ni keseorangan kat sini,, kalau korang nak tau juga,, masa aku nak makan takde duit, dia jugakla yang selalu belanja makan,, masa aku takde duit nak masuk event, dia juga yang pinjamkan duit,, ada juga dia belanja,, aku takde transport nak pergi training kat stadium, dia jugakla datang dari jauh,, aku tak rasa aku hilang seorang kawan biasa,, tapi bagaikan hilang seorang abang,,



aku ingat lagi masa aku lari track untuk acara 800meter, best time aku buat masa tu 2:05,, abg shariff bukan main gembira lagi,, malam tu aku dapat top4 untuk 11K energizer night run, lagilah dia gembira,,

kalau training pon macam tu,, kalau aku training bagus dia tak kisah pon kluar duit belanja aku makan,, dia pon ada cakap,, "abang happy tengok ko training sungguh-sungguh,, abang nak follow ko memang dah tak boleh,, dapat follow kejap pon jadilah"~

aku ingat lagi Larian Bukit Jelutong,, aku memang takde duit nak register event masa tu,, abg shariff cakap "abang belanja ko, tapi pastikan no.1". Aku terima cabaran tu,, Terima kasih banyak abang shariff,, atas semangat dan sokongan yang abg beri,, alhamdulillah aku dapat no.1 masa tu,, timing 39min, best time untuk tahun 2011 masa tu,,

bukan semua paham apa yang kita rasa,, tapi aku memang tak boleh nak tahan sedih dah hari ni,, minggu ni sebenarnya memang takde mood nak training,, tapi kawan2 adination semua bersemangat,, aku kena la juga turun sebagai trainer,,

patutlah tadi tak sampai 40minit aku dah stop training,, haaihh,, memang dah tak boleh tahan dah air mata ni mengalir~

aku memang tak tahan bila hilang seseorang yang aku betul2 sayang, orang yang banyak bantu aku pergi, cukuplah,, cukuplah aku sedih sebab arwah mak aku pergi dulu~ masa en.muaz nak tinggalkan MSU dulu pon aku menangis boleh tahan teruk depan orang ramai,, bukan nak tunjuk aku ni buat-buat nangis ke ape,, tapi aku memang kadang-kadang susah nak terima bila orang yang rapat pergi~



kenapalah semua yang aku percaya,, yang banyak bantu aku, yang aku sayang terpaksa pergi~ orang cakap ada hikmah,, memangla kot,, tapi kalau semua nak kena hadapi sorang-sorang bukan aku boleh tahan beb..~

dia pon ada cakap berat nak tinggalkan shah alam, aku, geng running kat sini, tapi nk buat macam mana,, terpaksa cari rezeki kat sana,, nak taknak kena juga pergi~

cukuplah cerita sampai sini, aku harap dapat jumpa dia lagi,, tak tahula bile,, memang dia sibuk sekarang,,

Ni message abg shariff reply dua hari lepas lepas aku cakap terima kasih banyak atas semangat dan sokongan yang abg bagi,, sedih masa baca message ni memang tak dapat nak tahan dah~

"alhamdulillah, edan murah rezeki edan. abg baca msg edan air mata abg pun da kuar terharu.sedih dan bangga la dengan edan coz byk improve dr dulu dan tak lupe kat abg, walaupun abg terpaksa ke perak proton tanjung malim. abg harap edan jgn abaikan training dan solat. insyaAllah edan masih muda boleh pegi jauh. tapi mental must strong. jgn kedekut dgn ilmu yang ada dan jgn sombong kalau menang game. biasakan merendah diri baru orang segan. k tq my boy"
-abg shariff-

TERIMA KASIH ABANG SHARIFF,, JASA MU KU KENANG~
HARAP KITA BERJUMPA LAGI!


aku sangat berharap kawan-kawan adiNation Shah Alam yang training bersama aku sekarang tidak hilang selepas SCKLM nanti,, aku takut bila masing-masing dah capai target semua hilang tak training bersama aku,,

terus terang aku cakap,, anda semua adalah kekuatan aku,,
tanpa training partner seperti anda semua,,
sebenarnya aku dapat rasakan training aku tak bermakna dan tak besemangat,,

harap kawan-kawan ada dibelakang untuk berikan sokongan supaya aku lebih maju, terima kasih,,

please..please..please...my teammate, don't leave me alone~
i really need your strength and support now~ :'(

Lagu ni dituju khas buat abang sharif dan semua yang banyak membantu dan memberi semangat pada aku,, terima kasih~

~ONE MOMENT IN TIME~



3 comments:

Justiffa said...

Edan, soal hati & perasaan ni mmg berat tanggungannya dan adakala terasa hanya Tuhan saja la yg memahami. namun percayalah, dugaan yg kita lalui insyallah mampu membuat kita lebih matang dan lebih bijaksana dalam melalui liku2 hidup.

Yes, we need family & friends around us bcos no man is an island and we search for love, respect and acceptance bcos it validates our existence.. but we humans also hv our moments of weakness and samada secara sengaja atau tidak, we end up hurting people and letting them down.

Bersabar la edan, kuatkan semangat dan letak la harapan & pergantungan pd Dia yg Maha Pengasih & Maha Penyayang. He will be there for you, insyallah <3

Ann Sedai said...

Keep these words with you always...

If - by Rudyard Kipling

If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you;
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or, being lied about, don't deal in lies,
Or, being hated, don't give way to hating,
And yet don't look too good, nor talk too wise;

If you can dream - and not make dreams your master;
If you can think - and not make thoughts your aim;
If you can meet with triumph and disaster
And treat those two imposters just the same;
If you can bear to hear the truth you've spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to broken,
And stoop and build 'em up with wornout tools;

If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breath a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: "Hold on";

If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with kings - nor lose the common touch;
If neither foes nor loving friends can hurt you;
If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds' worth of distance run -
Yours is the Earth and everything that's in it,
And - which is more - you'll be a Man my son!

Felis margarita said...

"A good-bye is never painful unless he never going to say hello again"..
be strong!.he always in ur mind!=))