Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Standard Chartered KL Marathon 2011 : The Best Memory in MY LIfe (part 2)


~Personal Best,, senyum sampai telinga~

alhamdulillah,,

Belum sempat aku nak sambung cerita Part 2,, sesuatu yang tanpa diduga lagi datang dalam hidup aku,, bagaikan mimpi disiang hari, tapi memang mimpi siang hari pon sebab dapat tahu benda pelik ni pon siang hari,,
Petang Selasa, 28.06.2011 sejarah yang tidak disangka-sangka berlaku lagi,, sejarah dan kenangan yang manis ditambah pulak dengan gula melaka, tambah lagi dengan madu asli,, maakooit,, manis betul ni,, boleh kena kencing manis~

Syuku alhamdulillah,, itu saja yang terbaik untuk mengambarkan perasaan ketika itu, Aku sebagai penyandang tempat kedua telah dinobat kan sebagai juara selepas pihak organizer membatalkan kemenangan penyandang terdahulu.

Maka pada waktu itu, bertambahlah lagi TERpelik aku, TERkedu, TERkejut, TERbisu, TERpingga-pingga, TErkesima, rasa nak TERlompat-lompat, nak TERguling-guling gembira pon ada~

Sememangnya hari yang tak dapat dilupakan lagi,, lepas pengumumam tersebut, kawan2 terdekat terutama family aNR Shah Alam aku semuanya teramat-amatlah gembira. memang nak menangis rasanye waktu tu bila terima kata-kata semangat dan pujian membina dari kawan-kawan. Gembira, terharu,, syukur padaMu ya Allah~

memang rezeki yang tidak disangka-sangka,, seperti segala usaha sepanjang training mendapat hasil yang bertambah-tambah.. alhamdulillah~

Apa dah jadi sebenarnya aku tak tahu,, nak tanya SCKLM organizer dia tak jawab,, tapi hari ini baru tahu bila Calvin Boon memita maaf secara terbuka bahawa dia mengunakan bib peserta lain pada hari tersebut. Aku pon tak tahu yang dia guna bib orang lain masa tu,, dia pon buat biasa aje,, lagi pon memang aku berkawan dengan dia. He still a good runner. Muda lagi tu. Aku baya dia rasanye kasut running pon takde lagi. umur 16 tahun kot...

Ada seketika waktu aku berfikir seorang diri, aku rasa takut bila terlalu gembira seperti sekarang,, kerana aku takut kegembiraan itu hilang lagi tiba-tiba,, terlalu besar bagi diri aku yang tak berapa bagus ini untuk berada ditahap ini. Risau,, risau,, risau,, tak tahu nak cakap macam mana,, tapi aku berdoa pada Allah agar semua yang terjadi dan berlaku ini sebagai permulaan dan semangat kepada diri aku untuk pergi lebih jauh dalam apa yang aku impikan insyaAllah~

SAMBUNG BALIK KISAH HABIS RUN~

Habis penyampaian hadiah aku terus ke tempat berkumpul seperti yang aku dah janji dengan geng aNR Shah Alam. Aku minta semua berkumpul disana selepas larian. Kumpul disana untuk beri semangat pada kawan-kawan yang belum lagi sampai terutama Full Marathon.

Sampai aje aku kat tempat yang sepatutnya, aku TeRkejut,, asyik terkejuut je hari nii,, aku tengok semua tengah beri semangat pada runner-runner yang tengah lalu 200m sebelum garisan penamat. Suasana sangatlah meriah dan huru hara. Dengan Izwan yang pegang healer dah macam buat rusuhan,, haha,, memang lawak gila masa tu,,

~izwan zakaria~

aku ni yang dah penat berlari terus hilang penat bila cheer semua runner yang lalu masa tu,, ke hulur,, ke hilir follow runner2 yang slow supaya lebih bersemangat,, tepuk tangan sentiasa supaya mereka lebih besemangat,, semangat semua orang masa tu memang lain macam,, tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata perasaan pada waktu tu.. boleh tengok sendiri gambar kami di FB.

Geng aNR Shah Alam yang lari Full Marathon dan HM (jey dan lain-lain) semua dah hilang penat bila cheer runner lain masa tu.. kitorang semua tunggu kawan2 aNR shah alam yang belum sampai termasuk mr.krishnan (adidas running punya boss,, adination ni dia lah ketua),,

aku tahu semangat kawan2 yang lari masa waktu tu mesti lain macam, dalam hati mesti ada yang nak menangis,, yang menangis waktu tu pon ada,, aku ni memang menangis terharu bila baca komen diorang kat FB,, terharu beb,, bukan aku ni mat bunga nak menangis je keje,, tapi bila tengok semua kawan-kawan gembira aku ni bertambah-tambahlah gembira dan bangga~ aku tahu semua dalam family ni bangga dan terharu dengan pencapaian kawan-kawan yang lain,,

haaaihh,, sebelum aku rasa nak menitis air mata baik aku akhiri story ni,, akhir kata,, pada semua kawan-kawan, bukan kawan, yang rasa diri lawan, yang suka nak melawan, yang baru nak berkenalan,, tahniah pada pencapaian masing-masing.

Pada kawan-kawan dalam keluarga adiNation of Runners Shah Alam anda semua adalah tulang belakang aku. aku tak berada ditahap ini tanpa anda semua. sesungguhnya aku berbangga dan terharu atas setiap pencapaian yang anda semua lakukan untuk diri anda dan untuk membantu orang lain. Aku bukanlah hebat dan penuh ilmu didada untuk bantu semua orang. tetapi aku masih berharap aku dapat bantu diri aku dan orang lain supaya lebih maju dalam minat kita yang sama. RUNNING.

Pada kawan dan juga bagaikan coach, Jean Pierre Peter Lautredoux, Mark Williams dan abang shariff,, anda adalah insan yang terlalu banyak membantu aku untuk aku berjaya melakukan sesuatu yang luarbiasa untuk SCKLM tahun ini. Semoga persahabatan kita berkekalan, dan aku harap aku dpt training bersama mereka lagi supaya aku lebih maju untuk mencapai target yang seterusnya,,

Masih jauh perjalanan yang perlu dilalui,, masih banyak duri yang perlu ditempuhi, maka semakin banyak usaha yang perlu dilakukan. Semoga aku tidak patah semangat. Dorongan dan sokongan dari mereka yang berada disekeliling akan menjadi inspirasi untuk aku mencapai apa yang di inginkan. insyaAllah~

Post-post di FB yang menjadi inspirasi dan semangat sebelum dan juga selepas SCKLM 2011~

June 17 (mental preparation)
June 21 dan 22 (tengah sangat risau masa ni)
June 25 dan June 26 (hari sebelum SCKLM dan selepas)
Alhamdulillah, aku BERJAYA!
June 28 (berita pelik bin ajaib diketahui)
sebenarnya sampai sekarang aku masih tak percaya dapat capai pace average 3:31 per/km. jarak memang tepat 10.8K. tak percaya boleh ukur balik atau tengok kat page SCKLM. lantakla orang nak cakap poyo ke ape,, tapi ini hakikat,, ini pencapaian terbaik aku, terbaik dalam hidup aku sejak aku mula running, biarlah orang kata tak seberapa,, aku tahu bagaimana aku bermula dulu, dari bawah, dari tak tahu apa-apa pasal running sehinggalah untuk berada di tahap ini sekarang...sememangnya bukan mudah~

"selagi kita tak lupa bagaimana kita bermula,
selagi itu kita akan sentiasa bersyukur dan merendah diri untuk menuntut ilmu dan membantu orang lain"

-edan syah-

syukur alhamdulillah~

unreleased photo, waktu memotong runner dari sudan,,

GAMBAR FINISHING yang cantik,menarik,tertarik,

ELITE RUNNER?? WAIT...ONE DAY~



2 comments:

Ann Sedai said...

best best best!~ I tunggu2 je your second post ni...
congrats again edan.. let's embrace the moment and keep it in an eternal frame of memories.. mcm org ckp 'love can change, but memories last forever' gitu..

sO AmaZing said...

bile bc entry nie, rasa mcm nak menitik air mata pun ade.tak tau nak describe mcmn cuma those who run with passion bleh experience this kind of feeling. teringat time half marathon last mac 2011. walau pun tak fit, tp jiwa yg membara nak lari half marathon tu mnyebabkan lupa kaki yg sakit tu. alhamdulillah, bleh tamatkan larian walaupun bukan juara. tp sgt puas hati. semuanya dgn izinNya dpt menamatkan larian pd hari tu. to Edan, teruskan usaha. hope dpt learn from edan as well.