Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe


Y E S
I'm not so strong,
like what you see..
in a real life...

today...
for the first time in my life...
I'm crying like a child..
in front of
"my family"
everything is unexpected..

why?
because I'm so sad today..
really sad..
the tears just keep falling
without stopping...
even I try to stop it..
but it can't be stopped!

I don't know why..
but it is because of one reason
one of "my family"
will GO AWAY...

you said to us
you will leave us..
alone...
seriously
this is very tough to me..
to us..
as a "family"

i hope everything will go smoothly
insya-Allah

aku rasa kenapa aku menangis sampai tahap macam tu adalah kerana
aku tak boleh rasa kehilangan orang yang aku sayang dalam keluarga
walaupon ini bukan keluarga sebenar
tapi aku anggap mereka semua ahli keluarga aku disini,
tahap kesedihan adalah seperti aku kehilangan ibu aku sebelum ni..
tak dapat di tahan, sangat sebak tanpa kata-kata
jadi boleh bayangkan lah aku menangis macam mana masa tu..
memang tak boleh nak tahan dah..
mintak maaflah kawan-kawan

aku ni memang sentimental sket..
jumpa lagi..
ada cerita best, nanti aku story..


adiNation of Runners Shah Alam

semalam, 09.02.2010 adalah hari pertama adiNation shah alam untuk tahun 2011 di jalankan.

oowh..lupa nak bagi tau. Aku telah di pertanggungjawabkan oleh trainer sebelum ni Bro Imran dan telah mendapat persetujuan dari Mr.Krishnan (Head of Adidas Running) untuk mengendalikan Program adidas AdiNation of Runners (aNR) Shah Alam untuk tahun 2011.

oooowh..gelak kan aku ehh...takpe-takpe..

Mula-mula tu rase macam tak confident je nak jadi trainer. Sebab aku ni bukan nye bagus sangat. Ramai lagi runner2 tegar kat shah alam ni yang lagi hebat dan berpengalaman. Tetapi atas dasar semangat running dan perasaan untuk membantu orang lain aku terima dengan hati terbuka.

semangat bercakap..macam-macam gaya ada...layaan...

Aku juga dpt persetujuan dari Mr.Krishanan untuk ubah progarm aNR shah alam dari Tasik Sek. 2 ke Tasik Sek.7. Sebab utama adalah persekitaran di tasik sek.7 adalah lebih sesuai untuk melakukan sesi training berkumpulan dan lebih mudah untuk di pantau.

macam bagi ceramah, abg dan dah boring je nampak..haha

Kalau nak ikutkan, lebih senangkan diri aku sebagai trainer kalau aku buat training di Tasik Sek.2 sebab lagi dekat dari sek.13, tetapi aku rasa objektif untuk jalankan Program adiNation akan lebih berjaya kalau di buat di tempat yang betul-betul sesuai untuk running. Jauh tu memang jauh kalau nak pegi dari sek.13 ke Sek.7... 10K kalau kayuh naik basikal. pergi balik 20K. kalau nak berjalan lagi la jauhkan. tapi tu bukan alasan bagi diri aku. So, harap tak beli alasan pada mereka-mereka yang duduk jauh sket tu..

mereka yang hadir..thanks apiz n luvis tolong ambil gambar kami..

Minggu pertama ni aku just briefing tentang program aNR ni. InsyaAllah minggu depan akan mula running dan introduction tentang Basic running teknik. Datangla kalu free. Percuma je..

Lepas habis briefing dan sesi bergambar, majlis pon bersurai.

MEETING UiTM Runners Club (URC)

malam pulak lepas training aNR, dijemput oleh alwi (presiden URC) untuk join meeting diorang. Sebagai founder URC aku memang berbesar hatila jugak untuk join meeting ni. Rindu jugakla kat URC. Yelah, kita yang bersusah payah dulu masa nak tubuhkan URC mestila rasa sayangkan..

Lepas solat maghrib dan makan bersama Dudu (ahli baru aNR: upcoming triathlete: coach swimmer) kitorang ke meeting URC. Datang-datang kat pusat sukan uitm, aku terkejut.. maakaaii..ramainye datang..haha! aku rase adalah dalam 25 orang yang datang meeting ni. memang kebanyakan semua muka yang aku tak kenal. ahli-ahli baru la ni kot..

Lepas alwi briefing pasal URC. alwi minta tolong untuk briefing pasal Running n adiNation pada ahli-ahli baru ni. mula-mula tu macam biasaela..mestila cuakkan.skrip pon takde. tapi buat-buat confident jela.. goreng jela ape patut. ahaha... cakap punya cakap macam lama la pulak! ahahaha

Benda yang paling aku tak boleh lupa masa aku briefing ni. Aku bertanye soalan kat ahli-ahli baru ni kenapa join URC? kenapa tak join club2 lain dalam UiTM ni? dan jawapan yang aku dapat : "Saya memang SUKA running"

FUUHH! aku terkejut beb, serius. aku terkejut. aku rase dah lama aku tak dengar jawapan tu dari mulut orang yang nak join running club terutama dari mulut budak perempuan.

kalau nak dengar jawapan tu dari budak-budak msU aku rase memang agak susah. aku pon susah hati oooo... sebab ape aku tak tahu. tapi berdasarkan pemerhatian aku berada dan belajar di IPTA dan IPTS, budak-budak ipts ni mungkin kurang minat tentang aktiviti-aktiviti running ni. aku tak tahula sebab ape. tapi itu hakikat. takde lagi rasanye yang betul-betul dengan hati terbuka menjawab "SAYA SANGAT MINAT RUNNING" . kalau akan datang aku tak tahula kan... yang berminat tu ada. tapi mungkin kesungguhan tu sekerat jalan atau sementara aje. tepok dada tanya selera la kan...masing-masing punya minat..

Prinsip aku satu je kalau masing-masing ada minat :

"Nak buat sesuatu tak perlu di paksa atau di ajak banyak kali. Ajak sekali cukup. Kalau dia betul-betul minat, dia akan datang sendiri untuk running."

Kalau nak kena heret nak kena pujuk baru nak running, jangan harap la aku nak layan. Bukan aku nak berlagak atau sombong. Tapi kalau orang dah tak minat tak guna nak tolong. Baik kita tolong mereka yang betul-betul nak belajar atau rasa nak improvekan diri diorang. Orang macam ni aku lagi respect. Biar pon lari 1K dah semput. Itu lagi baik dari semua nak kena arah atau disuruh. Hidup segan mati tak mau (ada kena mengena ke? ahaha). Tiba-tiba terfikir pepatah tu. Yelah, kalau dah minat tak perlu segan-segan.

Aku pon selalu macam tu. Kalau aku nampak orang running kat mane-mane sure aku akan senyum atau angkat tangan. Sebab bagi aku, orang yang ada usaha sendiri untuk running walaupon seorang diri itu lebih baik dari mereka yang duduk kat taman atau tasik melepak atau berdating-dating ni. Daripada korang buang masa berdating tepi tasik, lagi baik ko ajak awek ko tu pegi joging. Jalan-jalan riadah ke petang-petang. Sihat jugak tubuh badan. Dari melepak tepi tasik atas motor / dalam kereta tu buat ape? ada faedah?? ape yang terasa tu mintak maaflah. Ini hakikat budak-budak zaman sekarang.

Banyak pulak aku membebelkan. Mintak maaflah. Dah memang aku macam ni. Risau aku budak-budak zaman sekarang ni. Ape nak jadi generasi akan datang tak tahula. Tak kan dah sakit terduduk baru nak cari jalan untuk sihat. Renung-renungkanlah.

Amanah sebagai trainer adiNation of Runners ni insyaAllah aku akan guna sebaik mungkin. Sebab adidas nak bantu orang running. So aku pon tolongla sekali bantu. Kalau ada orang yang aku bantu tu hebat aku juga tumpang bangga. Macam budak-budak URC yang dah hebat-hebat.

Contoh: alwi (dah dapat wakil uitm pegi MASUM untuk long distance), sufinah (wakil uitm MASUM long distance siap dapat pingat emas lagi 2010..gile hebaat..), aizuddin (dah wakil MASUM dan SUKMA selangor untuk Kayak..pon hebat...), ahboy (dapat join POWERMAN first time). budak-budak URC yang selalu je menang event running, macam Sukha, Asif, Ruby. yang lain aku tak ingat. Tapi serius, aku memang tumpang bangga bila mereka-mereka ni hebat. Walaupon aku ni takla hebat dan tak sampai tahap tinngi dapat wakil Sukma dan sebagainye tapi rasa berbaloi la jugakkan. Bila URC memang kelab terbaik UiTM aku pon tumpang banggalah jugak, walaupon takdela terlibat sangat.

Semalam pon sempat jumpa Pn.Hamidah, penaung kelab URC dari aku mula tubuhkan dulu sampaila sekarang. Borak-borak kejap dengan dia. Memang sangat sporting dan supportive. Tulah, orang jiwa sukan jumpa orang sukan biasala kan. Semua jadi menarik dan best bila borak.

Kalau ada kawan-kawan yang duduk shah alam atau rasa nak bersama-sama join aku training jomla. Aku rase aku ni ilmu running tu takdela cukup sangat. Tapi boleh la bantu kawan-kawan sikit-sikit

Bila dapat tolong diorang improve. Nanti diorang pon tolongla kawan-kawan lain untuk improve jugak. Dan begitulah seterusnya. Falsafah hidup aku:

"Sentiasa ingat, Bumi ini bulat.
Seperti juga dunia ini sebagai putaran kehidupan.
Kita berada di dalam putaran tersebut.
Kalau hari ini kita buat baik, maka baiklah generasi kita akan datang.
Kalau hari ini kita buat jahat,
jangan salahkan generasi kita akan datang
jadi jahat macam kita hari ini.
Kerana Bumi ciptaan ALLAH ini juga berputar mengikut paksinya"


- edan syah -

Renung-renungkan dan beramal lah selaluuuuuuuu...bye!





MY RUNNING FORM

Bangun awal arini, baguslah..
Tiba-tiba terjumpa page baru salah seorang idol aku,
CRAIG ALEXANDER


Kalau korang nak tau, aku MULA-MULA sangat berminat untuk belajar Running Technique bila tengok mamat ni running. Sangat admire pada dia punye running form. Kalau tak percaya, try tengok dekat Youtube. Aku sangat banyak belajar dari dia. Dan aku mula berminat nak belajar dari dia sebab kelebihan utama dia dalam triathlon adalah RUNNING. Sangat hebat.

Dan masa mula-mula aku berminat nak beli kasut Newton dulu kerana nak belajar teknik dia running. Dia bukan kenya. Dan badan dia pun bukanlah macam kenya. Tapi macam mane dia boleh running full marathon dalam 2 jam 30 minit? Sebab utama adalah Running Technique. Alhamdulillah, aku berjaya belajar praktikkan teknik yang dia gunakan. Body posture sangat penting berdasarkan pemerhatian aku. Walaupon takdelah perfect sangat. Aku sangat banyak improve dalam running disebabkan running teknik. Aku bukanlah belajar running dari sekolah rendah atau sekolah menengah. Bukan belajar dari coach atau trainer. Aku bukanlah runner yang laju. Atau badan fit macam runner-runner yang hebat. Tapi keyakinan aku hanya satu, Running Form.

Aku banyak belajar pasal teknik running, dan aku banyak juga tolong kawan-kawan untuk belajar running teknik. Method yang aku mula-mula belajar dulu ialah POSE TECH. Bukan senang nak belajar semata-mata tengok video di Youtube. Masa aku mula-mula nak belajar dulu ambil masa lima, enam bulan jugak rasenye. Analisis gambar aku sendiri masa running, ambil video dan cuba praktikkan teknik yang sepatutnya. Sekarang pon aku rasa running teknik aku belum perfect, tapi aku cuba improvekan dari masa ke semasa. Kalau korang nak belajar running teknik, belajar dari PoseTv atau dari Newton punya webpage.

Belajar, belajar, dan belajar. Yes, never give up.InsyaAllah

Perfect Running Form with Newton Shoes
CRAIG ALEXANDER

--------------------------------

My Running Form

at Mizuno Wave Run 2010
picture by miss Shanaz





Don't woRry, be HappY



walaupon aku tahu dan sedar diri,
training aku tak sehebat mereka yang hebak-hebat
pace tak selaju mereka yang lajus bedesup
kayuh tak sepantas pengayuh tegar

tetapi
cukuplah setakat untuk improvekan diri sendiri ni..
BE ALONE IS BETTER

bukan secret training sangat
training pon tak seberapa..
ada hati pulak nak secret recipes kan...
tapi
kalau dah ikut mood tu
kejap ON, kejap OFF
nanti munyusahkan kan orang yang rajin training pulok..

selamat beramal semua..
sihatkan tubuh badan kira amal jariah jugak la tu...
untuk diri sendiri..
kalau sakit nanti terpaksa guna duit beli ubat,
lebih baik duit beli ubat tu sedekah dekat anak yatim
lagi BaIK..

BE HAPPY
RUN HAPPY
"senyum sampai ke kasut"

-brooks running-