Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe


baru ku sedar..ini berlaku..

YES. IT'S NOT EASY WHEN I NEED 110% COMMITMENT TO MY SELF.






hari berganti hari, minggu berganti minggu, blog ni pon aku tak sempat nak jenguk.. sedih pulak..

sebenarnya memang byk benda nak bercerita.. tapi sejak dua menjak ni masa tu macam tak cukup untuk aku bercerita panjang kat blog ni...

banyak benda yang berlaku dalam 2 bulan kebelakangan ini. dan kalau nak ikutkan apa yang berlaku semua mengenai running life..

bukan tak nak post..tapi masa seperti terlalu pack. sedih pulak rasanya..

nampak gaya memang aku perlu arrange balik time management aku. aku pon tiba-tiba sekarang ni macam binggung sket kemana pergi masa-masa aku yang dulu..

adakah kini komitmen terhadap running terlalu tinggi? mungkin juga. mungkin bila kita rasa performance kita sedang meningkat naik kita rasa lebih bersemangat dan lebih berdisiplin...sampai benda lain pon dah tak terfkir?

tapi rasa seperti byk pula benda yang missing. YES, aku perasan. Hidup aku memang tak sama dengan orang lain. hidup nampak tersusun tetapi sebenarnya taklah terlalu indah seperti yang di lihat.

yang tersurat itu indah, yang tersirat itu yang diri sendiri yang merasa.

for the long time, setahun..dua tahun... dan dah tiga tahun aku serius dalam running...byk benda yang hilang..dan byk juga sebenarnya yang datang... ada suka.ada duka...ada manis...ada pahit... ada kejayaan..ada kegagalan...

dulu mungkin masa running byk bersendiri..sekarang lebih byk bersama komuniti...tentang komuniti ini lagi byk aku nak bercerita..tapi memang takde kesempatan...haaiih...

masa oh masa..ini baru time belajar..belum time kerja.. yes..long journey to go... tapi sekarang memang masa terbaik untuk aku uruskan masa sebaik mungkin...insyaAllah

hanya ada 24jam sehari. kalau dibahagi 4, aku ada 1/4 untuk ke kuliah, 1/4 untuk tidur, 1/4 untuk training, 1/4 lagi untuk rutin2 yang lain (buat design, solat, makan dll) CUKUP? memang nampak pon dah tak cukup...

masa aku memang tak sama dengan kawan-kawan yang lain. orang nampak aku pon dah ckp aku ni busy je selalu...asyik berlari je..dah memang itu aje aktiviti hujung minggu..

tapi yang pasti, masa yang aku ada sekarang kebanyakkannya di peruntukan untuk DIRI SENDIRI. bukan mementingkan diri. tetapi itu komitmen dan disiplin yang terpaksa aku harungi sejak kebelakangan ini..

masa untuk bersosial? ada, tapi hanya pada waktu training adiNation dan mungkin di hujung minggu ketika join event. aku tiada masa untuk bersama kawan-kawan diuniversiti, nak lepak-lepak kedai mamak, nak pegi shoping, nak tengok wayang atau nak pergi mencari pasangan hidup? memang tidak ada masa tersebut yang boleh diperuntukan dalam jadual harian..

adakah begini hidup seorang atlit? seorang runner? seorang yang hanya punya masa untuk mengejar minat dan cita-cita dalam bidang yang diminati? itu yang boleh aku perkatakan tentang perasaan aku sekarang ni...

ada masa lebih dihadapan macbook memikirkan design. dan selebihnya memikirkan waktu yang terbaik untuk training... MASA sebenarnya berlalu pantas tanpa kita sedari. dan aku khuatir dan bimbang masa itu berlalu..berlalu..dan berlalu tanpa aku sedari... sampai tahap nak tambah mileage pon dah pening kepala..

Just follow the flow? actually not so gud. but i don't have choice. setiap apa yang di inginkan perlu ada nilai untuk dibayar. apa yang aku terpaksa tempuhi sekarang mungkin sudah tersurat. tetapi mungkin ada benda yang kita terpaksa lepaskan untuk mengejar sesuatu yang kita minati. Dunia ini bukan selalu indah. Bukan juga selalu nasibnya baik. Kita perlu bersedia. bersedia menerima yang baik, atau mungkin sesuatu yang mungkin kita tidak sangka.

Running is my passion. Art is my soul. That is me. Orang cakap tak sehaluan. tetapi itu diri aku. Mengenal diri bukan mudah. tetapi aku sedar minat, kemampuan dan POTENSI diri aku. Cuma semuanya perlukan KERJA KERAS. bukan semua ada jalan mudah. bukan semua memahami. bukan semua menyokong. bukan semua menghargai. bukan semua senangi kelebihan dan kemampuan diri. malah ada juga yang mendengki. itu lumrah.

tetapi sokongan itu sesungguhnya sumber terpenting. tanyalah pada mereka yang berjaya. lihat siapa disebalik dan tulang belakang mereka.

aku pon tak taula ape aku mengarut tengah2 malam ini. tapi yang pasti. aku perlu menilai semula ke mana masa-masa yang telah pergi dan masa-masa yag akan ditempuhi selepas ini.

ada masa kita diatas. masa kita jatuh bukan semua yang ambil tahu. harap aku dapat menghadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh ketenangan. insyaAllah