Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe


~Personal Best,, senyum sampai telinga~

alhamdulillah,,

Belum sempat aku nak sambung cerita Part 2,, sesuatu yang tanpa diduga lagi datang dalam hidup aku,, bagaikan mimpi disiang hari, tapi memang mimpi siang hari pon sebab dapat tahu benda pelik ni pon siang hari,,
Petang Selasa, 28.06.2011 sejarah yang tidak disangka-sangka berlaku lagi,, sejarah dan kenangan yang manis ditambah pulak dengan gula melaka, tambah lagi dengan madu asli,, maakooit,, manis betul ni,, boleh kena kencing manis~

Syuku alhamdulillah,, itu saja yang terbaik untuk mengambarkan perasaan ketika itu, Aku sebagai penyandang tempat kedua telah dinobat kan sebagai juara selepas pihak organizer membatalkan kemenangan penyandang terdahulu.

Maka pada waktu itu, bertambahlah lagi TERpelik aku, TERkedu, TERkejut, TERbisu, TERpingga-pingga, TErkesima, rasa nak TERlompat-lompat, nak TERguling-guling gembira pon ada~

Sememangnya hari yang tak dapat dilupakan lagi,, lepas pengumumam tersebut, kawan2 terdekat terutama family aNR Shah Alam aku semuanya teramat-amatlah gembira. memang nak menangis rasanye waktu tu bila terima kata-kata semangat dan pujian membina dari kawan-kawan. Gembira, terharu,, syukur padaMu ya Allah~

memang rezeki yang tidak disangka-sangka,, seperti segala usaha sepanjang training mendapat hasil yang bertambah-tambah.. alhamdulillah~

Apa dah jadi sebenarnya aku tak tahu,, nak tanya SCKLM organizer dia tak jawab,, tapi hari ini baru tahu bila Calvin Boon memita maaf secara terbuka bahawa dia mengunakan bib peserta lain pada hari tersebut. Aku pon tak tahu yang dia guna bib orang lain masa tu,, dia pon buat biasa aje,, lagi pon memang aku berkawan dengan dia. He still a good runner. Muda lagi tu. Aku baya dia rasanye kasut running pon takde lagi. umur 16 tahun kot...

Ada seketika waktu aku berfikir seorang diri, aku rasa takut bila terlalu gembira seperti sekarang,, kerana aku takut kegembiraan itu hilang lagi tiba-tiba,, terlalu besar bagi diri aku yang tak berapa bagus ini untuk berada ditahap ini. Risau,, risau,, risau,, tak tahu nak cakap macam mana,, tapi aku berdoa pada Allah agar semua yang terjadi dan berlaku ini sebagai permulaan dan semangat kepada diri aku untuk pergi lebih jauh dalam apa yang aku impikan insyaAllah~

SAMBUNG BALIK KISAH HABIS RUN~

Habis penyampaian hadiah aku terus ke tempat berkumpul seperti yang aku dah janji dengan geng aNR Shah Alam. Aku minta semua berkumpul disana selepas larian. Kumpul disana untuk beri semangat pada kawan-kawan yang belum lagi sampai terutama Full Marathon.

Sampai aje aku kat tempat yang sepatutnya, aku TeRkejut,, asyik terkejuut je hari nii,, aku tengok semua tengah beri semangat pada runner-runner yang tengah lalu 200m sebelum garisan penamat. Suasana sangatlah meriah dan huru hara. Dengan Izwan yang pegang healer dah macam buat rusuhan,, haha,, memang lawak gila masa tu,,

~izwan zakaria~

aku ni yang dah penat berlari terus hilang penat bila cheer semua runner yang lalu masa tu,, ke hulur,, ke hilir follow runner2 yang slow supaya lebih bersemangat,, tepuk tangan sentiasa supaya mereka lebih besemangat,, semangat semua orang masa tu memang lain macam,, tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata perasaan pada waktu tu.. boleh tengok sendiri gambar kami di FB.

Geng aNR Shah Alam yang lari Full Marathon dan HM (jey dan lain-lain) semua dah hilang penat bila cheer runner lain masa tu.. kitorang semua tunggu kawan2 aNR shah alam yang belum sampai termasuk mr.krishnan (adidas running punya boss,, adination ni dia lah ketua),,

aku tahu semangat kawan2 yang lari masa waktu tu mesti lain macam, dalam hati mesti ada yang nak menangis,, yang menangis waktu tu pon ada,, aku ni memang menangis terharu bila baca komen diorang kat FB,, terharu beb,, bukan aku ni mat bunga nak menangis je keje,, tapi bila tengok semua kawan-kawan gembira aku ni bertambah-tambahlah gembira dan bangga~ aku tahu semua dalam family ni bangga dan terharu dengan pencapaian kawan-kawan yang lain,,

haaaihh,, sebelum aku rasa nak menitis air mata baik aku akhiri story ni,, akhir kata,, pada semua kawan-kawan, bukan kawan, yang rasa diri lawan, yang suka nak melawan, yang baru nak berkenalan,, tahniah pada pencapaian masing-masing.

Pada kawan-kawan dalam keluarga adiNation of Runners Shah Alam anda semua adalah tulang belakang aku. aku tak berada ditahap ini tanpa anda semua. sesungguhnya aku berbangga dan terharu atas setiap pencapaian yang anda semua lakukan untuk diri anda dan untuk membantu orang lain. Aku bukanlah hebat dan penuh ilmu didada untuk bantu semua orang. tetapi aku masih berharap aku dapat bantu diri aku dan orang lain supaya lebih maju dalam minat kita yang sama. RUNNING.

Pada kawan dan juga bagaikan coach, Jean Pierre Peter Lautredoux, Mark Williams dan abang shariff,, anda adalah insan yang terlalu banyak membantu aku untuk aku berjaya melakukan sesuatu yang luarbiasa untuk SCKLM tahun ini. Semoga persahabatan kita berkekalan, dan aku harap aku dpt training bersama mereka lagi supaya aku lebih maju untuk mencapai target yang seterusnya,,

Masih jauh perjalanan yang perlu dilalui,, masih banyak duri yang perlu ditempuhi, maka semakin banyak usaha yang perlu dilakukan. Semoga aku tidak patah semangat. Dorongan dan sokongan dari mereka yang berada disekeliling akan menjadi inspirasi untuk aku mencapai apa yang di inginkan. insyaAllah~

Post-post di FB yang menjadi inspirasi dan semangat sebelum dan juga selepas SCKLM 2011~

June 17 (mental preparation)
June 21 dan 22 (tengah sangat risau masa ni)
June 25 dan June 26 (hari sebelum SCKLM dan selepas)
Alhamdulillah, aku BERJAYA!
June 28 (berita pelik bin ajaib diketahui)
sebenarnya sampai sekarang aku masih tak percaya dapat capai pace average 3:31 per/km. jarak memang tepat 10.8K. tak percaya boleh ukur balik atau tengok kat page SCKLM. lantakla orang nak cakap poyo ke ape,, tapi ini hakikat,, ini pencapaian terbaik aku, terbaik dalam hidup aku sejak aku mula running, biarlah orang kata tak seberapa,, aku tahu bagaimana aku bermula dulu, dari bawah, dari tak tahu apa-apa pasal running sehinggalah untuk berada di tahap ini sekarang...sememangnya bukan mudah~

"selagi kita tak lupa bagaimana kita bermula,
selagi itu kita akan sentiasa bersyukur dan merendah diri untuk menuntut ilmu dan membantu orang lain"

-edan syah-

syukur alhamdulillah~

unreleased photo, waktu memotong runner dari sudan,,

GAMBAR FINISHING yang cantik,menarik,tertarik,

ELITE RUNNER?? WAIT...ONE DAY~








Alhamdulillah~


PERMULAAN~

26 JUNE 2011, satu tarikh yang mungkin tidak akan dapat dilupakan dalam hidup aku. Tarikh dan hari yang begitu indah untuk dikenang ketika detik dan waktu ini kerana aku bukanlah selalu merasai waktu yang gembira, bahagia dan indah selalu.

Hari ini hari bersejarah. Bersejarah dalam erti kata sejarah yang terlalu manis untuk aku kenang. Terharu, tersedih, tergembira, terkesima, ternganga, terkejut dan macam2 lagilah yang aku rasa pada hari tersebut...

Untuk SCKLM edisi 2011 aku hanya menyertai acara 10K Run. Orang dengar 10K run pon pandang sebelah mata je kan? yeelaah,, lari 10K *celah gigi runner2 cakap* *ape kelas lari 10K?* (runner2 cakap lagi), *kalau runner lari Full Marathon la beb* (orang cakap lagi)...

kalau nak ikut orang cakap sampai mati pon kita ni tak sedar diri,, aku? aku masih ada matlamat dalam apa yg aku buat.. biarlah orang nak cakap aku lari sebab nak dapat placing, nak dpt duit, nak dapat nama, nak dapat hadiah, nak dapat macam-macam lah, TAPI jangan risau,, aku sedar kemampuan dan aku tahu apa yang patut aku buat untuk diri aku. Orang sekeliling mungkin kadang-kadang lebih suka menjatuhkan daripada memberi sedikit sokongan. Aku dah lama sedar. Dan aku sedang menerima sedikit demi sedikit. kalau ramai yang nak mengata dari menyokong aku tak kisah, kerana aku percaya masih ada yang menyokong kerana minat, semangat dan kemampuan yang aku ada,, insyaAllah~

Mula-mula dulu planning nak lari Half Marathon,, aku dah register untuk Run For Cause,, tapi disebabkan tiada siapa yang donate untuk aku masa tu,, so aku terpaksa tarik diri. Aku memang takde duit nak register HM bulan lepas. Biasalah hidup student,, bulan-bulan nak makan pon ikat perut~ Aku dari dulu teringin (dream) nak lari untuk charity, tapi aku tak tau macam mana dan tak tau nak proposed pada siapa. Aku harap satu hari nanti aku dapat lari untuk charity. Aku nak kutip duit untuk anak-anak yatim atau penghidap kanser sebab aku jugak anak yatim dan arwah mak dulu pergi sebab kanser,, alfatihah to sharidah md jarwis~ :'(

Syukur alhamdulillah, Allah masih kurniakan rezeki pada aku. Acara 10K aku ni sebenarnya bukan aku yang register. Memang ada masalah kewangan yang kritikal bulan lepas. 10K register pon RM50. mahal beb~ Tapi kawan baik aku masa di UiTM, Pjart yang registerkan. Dia baru kerja di Standard Chartered Bank. So, ada slot untuk register family members. Aku sangat berterima kasih pada pjart yang registerkan. Terasa diri ni macam ada orang sponsor pulak,, happy tak hingaaat! hihihi~ :D TERIMA KASIH BANYAK fiza,, tahun depan sponsor lagi yee,, hihihi~

Aku memang tak fikir langsung pasal prize untuk event ni. SCKLM 10K Run hadiah pon tak letak dalam website. Serius aku tak ambil kisah, sebab matlamat utama aku adalah untuk improvekan timing aku. Bukan sorang dua yang tanya aku kenapa masuk 10K,, aku pon dah malas nak jawab. Yelah orang cakap takde hadiah buat apa lari penat2,, Ubahla dulu mentality tu,, kalau rasa diri tu hebat dan boleh compete aku terima. tapi kalau macam aku ni level takdelah tinggi mana kena la sedar diri jugak~

Kadang-kadang aku macam tak percaya, terkedu, terpelik bila aku berlari dan berada dikelompok depan. Sebab aku tahu itu bukan level aku dulu. Dulu kalau masuk event nampak geng kat depan tu sayup-sayup jee,, lama-lama hilang dari pandangan...perasaan itu masih ada sampai sekarang,, takut pon ade jugak,, sebab aku tak pasti di mana level aku sekarang,, aku ni pon berlari main redah je,, bukan ada spesific training,, bukan ada proper coach,, bukan ada orang yang nak push sangat,, hanya buat untuk diri sendiri~

Soalan-soalan femes yang aku terima sebelum SCKLM 2011 :

*ko masuk Full Marathon ke?*
Jawab dengan malu-malu: *10K jeee* FULL STOP

Daahlah,, tukar topik!~

Pre-race Day:

Persediaan untuk SCKLM bertambah bersemangat disebabkan kawan-kawan disekeliling. Geng aNR Shah Alam ramai yang join SCKLM nanti untuk event marathon. ramai yang pertama kali. Bila kawan2 yang pertama kali nak join ni, aku pulak yang tumpang nerves. Seminggu 4 kali buat training (bulan terakhir) sebab nak buat preparation untuk mereka. Aku sangat gembira sebenarnya ada kawan-kawan yang ada semangat mcm ni kat sekeliling. takdelah aku kena training sorang-sorang macam dulu. Ceria sikit hari-hari yang berlalu~

Planning untuk SCKLM dah mula awal. Aku dah planning untuk tidur diKL sehari sebelum SCKLM. Dah macam pelancong datang KL duduk hotel. Padahal hometown kat ampang je,, haha. nak amik feeel punya pasal~ Jey pertama kali akan lari FM. So, dia pon cakap taknak rush awal pagi untuk race pagi esok. Sebenarnya persediaan sangat-sangatlah penting. Route kena survey. Tempat race kena survey. Finishing line pon kena survey. Aku rasa lebih 2 kali aku datang ke Dataran Merdeka untuk ambil aura di finishing line. Boleh tanya kawan2 yang ikut aku.

Imagination sangat-sangatlah penting. Lagi banyak imagination anda untuk sesuatu pertandingan, lebih tinggi keyakinan yang kita akan dapat. Ni Albert Einstien yang cakap:

“Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand.”

Race Day:

Pagi2 jam 4am dah bangun untuk bagi kata-kata sokongan terakhir pada jey (1st FM) dan aan (1st HM). lepas tu sampung tidur balik,, hihihi,, seronok tidur hotel ada aircond,, kat umah aku kat shah alam dah mcm sauna,, bukak kipas pon tidur berpeluh2 macam berlari,, hampeh~

Jam 5:30pm bersiap-siap, dan bergerak ke Padang Merbok. Nerves tu boleh tahan. Tapi yg sangat memberi semangat adalah running suit yang aku pakai. Membawa semangat atas nama sendiri, nama team aNR shah alam dan nama negaraku MALAYSIA~

semangat, aura, keyakinan memang lain macam,, aku memang dah tak fikir competitor masa tu,, dalam fikiran hanya fikir aku akan cuba yang terbaik untuk personal best aku,, tak kisahlah kenya ada pon,, aku tahu aku belum mampu ikut pace diorang,, now just FOCUS on myself~

lepas warming up bersama en.muaz, rais dan kawannya aku bergerak ke starting line. ni 1st time jugak aku berada dihadapan sekali. jumpa geng masa SIPMA,, nama aku lupa,, tapi kawan jason loh jugak,team dia masa all24 adidas relay aritu...

dalam fikiran hanya fikir nak try my best,, PooommMM~ bunyi pelepasan,, tapi mula2 aku dah nak terjatuh! alhamdulillah takde ape2,, line chip tu licin sangat,, hampir2 tersungkur,, syukur orang belakang tak himpap,, starting aku cuba follow group depan,, turun bukit,, memang cantik macam bunga~

nampak kelibat barry (triathlete malaysia) di depan.. aku try follow,, hampir 2km,, didepan bersama runner penang, sorang indian runner, dan kwn dari sipma ni,, (nama diorang nanti aku cari,, terlupa),,

pace aku tak pasti berapa,, tp alhamdulillah mmg best lari masa tu,, angin sejuk,, memang best! breathing okey,, ditambah pula ada ipod shuffle yang afiq pinjamkan,, lagi la aku seronok,, dah lama tak dengar lagu masa race,, ipod aku dah sebulan rosak! sedih,, tapi terpaksala terima,,

sampai brickfields,, jarak dengan kelompok belakang dah jauh,, aku tahu bila smpai briekfields jarak dah hampir 4km,, lepas jambatan ke kiri,, aku dah boleh agak timing,, ada water station,, minum,, dan dihadapan ada mark 5K. aku tengok timing,, 18:06!! maaakaaiiihh,, laju sangat nih! aku dah mula risau,, sebab ni personal best aku untuk 5K,, tak pernah dalam hidup aku lari 5K laju macam ni atas road...!

risau memang risau,, tapi aku keep focus! aku risau ni baru 5K.. ada 5k lagi,, boleh ke aku bertahan? alhamdulillah mental masih kuat,, aku try follow penang runner ni serapat yang boleh,, aku tak nak berada kat depan,, sebab aku memang kurang yakin kalau ada kat depan,, lebih baik berada di zone selamat,,

mental mula kacau bila masuk simpang kiri ke taman rama-rama (depan masjid negara),, Bukiit!! tinggi beb,, start sini runner indian yg ada sekali dgn aku dah mula terkebelakang,, aku cuba kuatkan mental,, push,, push.. push,,!! mental aku kuat di bukit sebab aku tahu itu satu kelebihan aku,, dua minggu lepas aku training bersama Mark William untuk tempo run di tasik permaisuri. ada SCKLM running clinic disana. Masa tu running bersama Mark untuk 10K.. best time masa tu 37 min! mark pon ada cakap aku strong masa naik bukit,, maybe latihan cycling byk membantu~

~Pertama kali berjumpa dan berkenalan dengan Mark Williams di
SCKLM Running Clinic Circuit II, Lake Garden, KL~

~mark williams turunkan ilmu untuk training plan aku~

~bergambar bersama Mark Williams selepas 10K run PB masa tu 37min,, perjumpaan terakhir sebelum SCKLM, kata-kata semangat dari Mark :

"Now you can see? You can run 37mins for 10K! Sure you can run under 36mins in SCKLM!"

aku sangat teruja dan bersemangat masa ni,, sukar digambarkan,,

~10K tempo run bersama Mark Williams masa di Tasik Permaisuri-

~amanat terakhir dari Mark Williams selepas buat PB 37min for 10K~


aku mula kenal mark william pada running clinic yg kedua di Lake Garden. Dia seorang yang sangat friendly. Aku gembira dapat kenal dgn dia. waktu tu aku ada jumpa dia untuk tanya pasal training plan yang boleh aku guna untuk improvekan 10K.. alhamdulillah dia bagi dengan hati terbuka,, bukan semua orang mcm tu,, orang2 kita ni lagi suka simpan ilmu sorang-sorang atau kongsi dengan geng masing2 je. Mark contoh yang paling baik,, aku banyak belajar tentang menolong orang lain dari mark dan peter. mereka ni bagai kan idol aku~ respect,, salute~ mereka terbaik!

~tengah dengar tips dari Mark Williams,, 2nd time jumpa, Taman Metropolitan kepong~

Minggu berikutnya di Taman Metropolitan kepong,
Peter Launtredoux handle Running Clinic,,

sangat bertuah dapat training bersama beliau,,

~selepas tempo run bersama Peter Launtredoux, 10.3K timing masa ni 45min,,
aku dah tercungap2,, peter boleh borak2,, sepanjang larian dia bagi tips tak henti2,,~

~dengar lagi tips dari Peter Launtredoux,, banyak betul ilmu aku dapat,, alhamdulillah~

aku pernah tanya Mark william macam mana nak dapatkan 10K 35min,, masa aku tanya tu dia mcm terkejut,, tapi aku tau dia masih positif! dia pon cakap bukan senang untuk capai tahap tu,, you need hard work!

sememangnya larian aku di SCKLM ini membawa semangat yang besar dari Mark William, Peter, abg shariff, my team aNR shah alam dan kawan2 yang sentiasa menyokong aku. terus terang aku cakap, my family is really not a gud supporter. kadang-kadang aku kecewa sebab family tak amik tahu atau kisah sgt tentang minat aku.. tapi tak kisahlah,, my running family still there to support me,, insyaAllah~

aku gembira tengok orang lain,, family datang ambil gambar,, support kat tepi finishing line... mungkin nasib kita semua tak sama.. syukurlah Allah masih beri aku semangat dan dikurniakan rakan2 sekeliling yang memberi sokongan tidak berbelah bagi~

Sambung balik,, 2nd last water station,, masa naik bukit aku dengar orang panggil "Edan Syah!!!" sape pulak la tu,, aku cuma angkat tangan,, tak perasan masa tu.. rupa2nya baru tau tu budak MSU (gf arip botak).. bukan main semangat lagi jerit! aku pon lagi la betambah semangat! :D

2KM terakhir,, cuma 3 orang dihadapan, termasuk sorang kenya (sudan rupanya,, tau masa dah habis). 2km terakhir depan DBKL runner penang ni dah tekan booster,, maakkaiih,, awal lagi ni,, kalau aku follow sure tak sampai finishing dah sempuut~

aku just maintain pace,, kenya ni ada kat depan aku,, aku just follow,, masing2 jarak dalam 6 meter,, tak jauh,, mental aku sangat kuat untuk habiskan larian masa ni,, masuk selekoh sogo,, aku tengok timing: 34:48! mark untuk 10K!! aku tak boleh nak gambarkan perasaan gembira aku masa tu,,

semangat dah lain macam,, aku just maintain pace untuk ke garisan penamat,, lagi 200meter ke garisan penamat dah nampak ramai gile orang!! aku memang excited bila tengok ramai orang,, hehehe,, surelah kamera pon banyak amik gambar ni~ hehehe

last 150meter, bawah jambatan LRt,, aku dgn kenya runner dah dekat! aku potong dia masa tuu! aku pon tak tahu mana energy tu datang,, tapi aura masa tu memang lain macam,, dah macam masuk event 800meter~

aku dapat potong dia dan tinggalkan gap hampir 15 meter ke garisan penamat,, aku dah tak fikir 1st runner kat depan sebab aku memang tak target pon nak dapat placing.. target dapat potong yg no 2 pon dah kira bonus pada diri aku,,

Perasaan berada di finishing line sukar untuk digambarkan,, aku siap dengar abg sharif menjerit dari tepi,, *GO EDAN!!* maakaaih,, lagi la naik hantu aku masa tuuu,,, nanti korang tengoklah gambar aku kat marathon-photo.com,, so korang boleh tengok perasaan aku gembira masa tu,, gaya mutu keunggulan,, tak kisahlah 1st runner up pon,, yang penting aku puas hati dengan timing yang aku buat,,

"START WITH CONFIDENCE, FINISH WITH STYLE"

-edan syah-



sampai finishing jam kat tangan tunjuk timing 38:07! alhamdulillah! aku menjerit sekuat hati masa tu,, 3 kali kot,, akak yang eskot aku untuk ke khemah pemenang pon macam tekejut beruk *mamat ni masuk hantu ke ape?* haha,, lantak la orang nak cakap aku ape masa tu,, yang penting,, alhamdulillah AKU PUAS HATI!

*bengang pulak aku,, apa pasal gambar finishing ni mahal sangat??!
hampas kelapa sawit! jual la dalam RM!
@^@^#@#$@$#^%@#*&@^^#@*&~

aku kumpul duit dua bulan pon belum boleh beli,, haaaiih
orang lain senang-senang je order gambar,, apalah nasib...
kecewa... :'(

takpe2,,akan ku cuba dapatkan gambar2 kenangan ini~
impossible is nothing kan,, (gila gambar,,) :p

HABIS RUN : akan bersambung PART 2 :p