Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe


waktu yang sesuai..

untuk merenung dan memuhasabah diri..

10 terakhir Ramadhan.. adakah kita akan mendapat keberkatan?

Aku masih memikirkan apa yang aku dah lakukan dalam tempoh 19 hari Ramadhan yang telah berlalu.. dimana kekuatan, dimana ketenangan, dimana keredhaan yang ingin dicari..

Berikan aku kekuatan... Dikala gembira kita alpa.. dikala mencari ketenangan kita mencari yang SATU...

Ramadhan datang dan pergi.. datang tahun ini dan mungkin kita tidak merasa lagi kemanisan dan keindahan nya pada waktu yang mendatang.

Ramadhan penuh memori. Dari yang telah berlalu hinggalah yang sedang dilalui waktu ini. Aku baru tersedar.. kadang-kadang setiap Ramadhan yang aku lalui ada kepahitan dan kemanisan nya yang tersendiri. Samaada ketika sedar atau tidak sedar. Ada yang datang dan ada juga yang pergi.

Datangnya bahagia Ramadhan yang lalu, hilang bahagia yang lalu waktu ini, dan muncul pula kebahagian yang tanpa disangka waktu ini.

Membuatkan aku berfikir, adakah setiap Ramadhan yang akan aku lalui sebegini? Bukan mudah untuk menerima hilangan dan bukan mudah juga untuk mencari kebahagian.

Semoga kebahagian yang datang Ramadhan ini diberkati. Semoga kebahagian yang dinikmati Ramadhan ini berkekalan. Semoga kegembiraan Ramadhan ini memberi seribu kesyukuran. Semoga Ramadhan yang mungkin terakhir ini diberikan keampunan atas dosa dan kesalahan. Semoga Ramdhan ini yang terindah untuk dikenang...

Sesungguhnya kita hanya hamba yang merancang.. Merancang dan berdoa. Bila dan bagaimana doa itu dimakbulkan? Itu urusanNya. Kita merancang penuh tersusun, dan akhirnya mungkin rancanganNya lebih baik untuk kita.

YaAllah, ampunkan dosaku.. aku perlukan keberkatan dan hidayah dariMu~

Damba cintamu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat...


---------------------------------------

kadang-kadang ada waktu dalam hidup masalah datang bertimpa-timpa~

sampai tahap nak berfikir sendiri pun tak mampu~

*fikir..fikir...fikir... serabutt.. tidur lagi baikk~* :p

Malas sebab aku takde kasut dah nak training... Mileage nak cover over >60km per week.
Dari awal tahun tak beli kasut. Semua kasut dah jahanamm~

Tak sangka pulakk kasut semua boleh rosakk sampai tahap krikal macam ni.

kasut..kasut..kasut... I need new running shoes~ :p

Tahun ni shopping raya rasa memang kedai adidas aku pergi dulu.. baju raya tak payahlah. nak beraya pun takde mood. *tiap-tiap tahun macam ni ajelahh*

Bingit telinga aku dengar lagu raya.. sakitt telinga ni.. tolong lahhh,, jangan pasang lagu raya kat telinga aku... buat aku sedih bertambah-tambah aje.. haihhh~

Ape lah nasibb.... :p

sedih ini tak tertahan lagi bila terjumpa gambar ini~
siapa sangka ini Aidilfitri terakhir bersama ibu tersayangg?

Tiap kali menjelang hari raya ini yang dirasai,,
Dengar pulak lagu raya hari-hari kat radio..

Naik fobia aku dengar....
Sedih beb...seedih..seeedih...

apa boleh buat.. bersabar ajelahh~
Semoga Allah berikan kekuatan buat diri ini..

insyaAllah~

*mood berlari bertambah-tambah*