Latest News

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe






Semuanya berakhir, tamat sudah satu kisah atau "chapter" di dalam hidup sebagai runner, untuk merasa sendiri bagaimana perasaan berlari 42.195KM. Nampak mudah, tetapi apa yang berlaku disebalik 42KM yang dilalui penuh cabaran, dugaaan, keperitan, kedukaan, kesedihan, kepayahan, kesabaran, ketabahan, tangisan air mata kegembiraan dan kepuasan. Semuanya ada. LENGKAP. Aku hanya mampu menganggap apa yang berlalu AHAD lepas di Singapura bagaikan MIMPI. Mimpi yang dikecapi kerana kesabaran dan kekuatan MENTAL yang aku sendiri tidak pasti adakah itu diri aku yang sebenar.

AKU punya impian. IMPIAN yang mungkin orang lain anggap omong2 kosong.
AKU punya impian. IMPIAN yang aku tahu sukar untuk dilalui seorang diri.
AKU punya impian. IMPIAN yang mungkin tidak akan dikecapi kerana masa depan yang tidak pasti.
AKU buntu. Tanpa ARAH tuju selepas apa yang di lalui AHAD lepas.
Adakah semuanya BERAKHIR begitu? Adakah IMPIAN berakhir begitu?

AKU punya IMPIAN. Bukan IMPIAN untuk berlari, berlari, berlari, berlari tanpa ARAH TUJU.
Terlalu perit untuk melalui ini seorang diri. Aku punya IMPIAN menjadi seperti mereka yang HEBAT diluar sana. Aku punya IMPIAN untuk berada sama tahap dengan mereka yang berada dikelompok yang HEBAT diantara mereka. Tetapi kenapa aku tidak diberi PELUANG?

Terlalu banyak liku-liku yang terpaksa aku tempuhi untuk mengejar IMPIAN. Aku tidak pasti selama mana aku mampu BERTAHAN. Berlari,berlari, berlari itu bukan IMPIAN. Aku ingin berada disatu tahap setanding dengan mereka yang mampu mewakili negara mereka sendiri.

Aku telah buktikan aku juga mampu bersaing.
Aku telah buktikan kepada diri sendiri aku juga mampu lakukan seperti mereka yang HEBAT.
Aku telah buktikan, tanpa sponsor, tanpa jurulatih, tanpa training plan yang lengkap, tanpa sumber kewangan yang cukup, tanpa nutrition yang betul sebagai marathoner, tanpa makanan yang cukup, aku juga habiskan larian setanding mereka.
Aku telah buktikan I CAN DO IT!

Semuanya penuh kekurangan, tetapi aku BERSYUKUR kepadaNYA kerana masih memberikan aku JALAN, untuk aku melalui MARATHON yang pertama dan mungkin terakhir dalam hidup aku.

Terima kasih padaNYA kerana menemukan aku pada mereka-mereka yang betul2 ada dikala aku didalam kesusahan. Bukan mudah. Semuanya bukan mudah. Aku menangis di garisan penamat kerana terlalu banyak KEPERITAN yang terpaksa aku lalui. Aku menangis kerana semuanya yang INDAH telah BERAKHIR. Aku menangis kerana aku telah buktikan aku MAMPU. Aku bersujud kepadaNYA kerana aku tahu hanya DIA yang memberikan JALAN walaupun semuanya penuh LIKU. TERIMA KASIH Ya-ALLAH~ Aku menangis kegembiraan.

Aku yakin setiap NIAT yang betul, akan dipermudahkan urusan olehNYA. :')


Aku masih berasa BERMIMPI kerana aku mampu melawan diri sendiri dan bersaing antara mereka yang HEBAT disana. Aku juga punya idol, dan apa yang aku lakukan disana setanding dengan idol tersebut. MIMPI. Semua bagai MIMPI.

Aku tidak ingin MIMPI ini berlalu pergi. Kerana semuanya TERLALU INDAH untuk dikenang.

YaAllah, tunjukkan aku JALAN. Jalan untuk aku menempuh liku-liku dalam mengejar IMPIAN yang tidak pasti ini. Aku tahu segala USAHA KERAS akan dibalas dengan KEJAYAAN. Tetapi aku tidak mahu KEJAYAAN ini yang TERAKHIR. Aku percaya aku MAMPU lakukan yang TERBAIK. Aku hanya berharap aku di beri PELUANG berlatih bersama jurulatih, diberikan kemudahan, peluang untuk aku bersaing di peringkat lebih tinggi.

AKU HANYA MENGHARAPKAN PELUANG. PELUANG UNTUK MENGEJAR IMPIAN.

Ya-Allah berikan aku KEKUATAN...